Skor paling tinggi untuk ASEAN NCAP Grand Prix Awards 2020 jatuh kepada Honda Accord 2020. Sedan segmen D ini mendapat mata tertinggi untuk setiap penilaian yang berdasarkan protokol ASEAN NCAP 2017-2020.
Adult Occupant Protection (AOP) – 35.33/36 mata
Untuk peniaian ini, Honda Accord cemerlang dalam aspek pelanggaran sisi dan head protection technology (HPT). Cumanya, skor untuk impak depan sedikit rendah.
Child Occupant Protection (COP) – 45.62/49 mata
Mengenai penilaian ini, Honda Accord mencatat prestasi cemerlang untuk impak tepi dan pemasangan kerusi kanak-kanak. Mata yang diperoleh juga merupakan rekod baru untuk tempoh 2019-2020.
Safety Assist – 14/18 mata (bukan tertinggi)
Satu-satunya penilaian yang menghalang Honda Accord untuk memperoleh skor tertinggi ialah Safety Assist. Untuk maklumat anda, penilaian ini dijulang oleh Toyota Majesty di pasaran Thailand.
Jika anda nak tahu, perkara yang menghalang Honda Accord untuk dapat mata yang lebih tinggi ialah pada aspek “rear passenger seatbelt reminder” dan “nearside blind-spot technology”.
Sebagai perbandingan, Toyota Camry mendapat skor sebanyak 14.22 mata.
Skor keseluruhan – 91.47/100 mata
Skor yang diperoleh ini melayakkan Honda Accord untuk peroleh penarafan ASEAN NCAP sebanyak 5 bintang.
Untuk pengetahuan anda, Honda Accord dan Toyota Camry mempunyai skor yang sama untuk protokol ASEAN NCAP 2017-2020.
Bezanya, Toyota Camry diuji pada tahun 2018. Disebabkan itu, ia tidak masuk dalam anugerah 2019-2020.
Laporan ASEAN NCAP penuh untuk Honda Accord
Laporan ASEAN NCAP penuh untuk Toyota Camry
Komen