window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic FE 2022 untuk pasaran Malaysia mendapat penarafan ASEAN NCAP 5-bintang!

Zamil Syaheer · Nov 2, 2021 07:00 PM

Honda Civic FE 2022 untuk pasaran Malaysia mendapat penarafan ASEAN NCAP 5-bintang! 01

Bagi mana yang minat dengan Honda Civic (FE) 2021 yang baru dan amat mementingkan soal keselamatan – jangan risau. Dengan skor keseluruhan 83.47/100, Civic FE serba baharu memperoleh penarafan maksimum ASEAN NCAP 5-bintang.

Honda Civic FE 2022 untuk pasaran Malaysia mendapat penarafan ASEAN NCAP 5-bintang! 02

Terima kasih kerana menjadi korban

Civic generasi ke-11 adalah model Honda pertama yang melalui ujian Protokol NCAP ASEAN terkini (2021-2025), merangkumi keselamatan penunggang motosikal.

Honda Civic FE 2022 untuk pasaran Malaysia mendapat penarafan ASEAN NCAP 5-bintang! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ini ialah metrik yang diuji:

  • Perlindungan Dewasa (AOP)
  • Perlindungan Kanak-Kanak (COP)
  • Bantuan Keselamatan (SAT)
  • Keselamatan Penunggang Motosikal (MS)

Protokol ini juga menilai keberkesanan brek kecemasan autonomi (AEB), dan teknologi pemantauan titik buta.

Varian manakah yang diuji?

Honda Civic FE 2022 untuk pasaran Malaysia mendapat penarafan ASEAN NCAP 5-bintang! 01

Civic untuk pasaran Thailand

Model yang menjadi ‘mangsa’ adalah Civic EL+, varian pertengahan di Thailand. Ciri keselamatan untuk varian ini termasuk sistem brek anti kunci (ABS), kawalan kestabilan elektronik (ESC) dan 6 beg udara.

Honda Sensing pula standard untuk kereta berspesifikasi Thai, yang merangkumi:

  • Sistem Brek Tebatan Perlanggaran (CMBS, lebih dikenali sebagai AEB)
  • Kawalan Pelayaran Adaptif dengan Ikut Kelajuan Rendah (ACC w. LSF)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Amaran Pelepasan Lorong (LDW)
  • Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (RDM)
  • Lampu Pancaran Tinggi Automatik (AHB)

Markah yang hampir sempurna untuk Perlindungan Dewasa dan Kanak-kanak

Honda Civic FE 2022 untuk pasaran Malaysia mendapat penarafan ASEAN NCAP 5-bintang! 02

Penjelasan tentang akronim ada di bawah

Dengan ciri keselamatan yang komprehensif, Civic mencatatkan skor 36.59/40 yang cermerlang dalam Perlindungan Dewasa.

Honda Civic FE 2022 untuk pasaran Malaysia mendapat penarafan ASEAN NCAP 5-bintang! 03

Antara penyumbang kepada markah yang baik dalam ujian ranap hadapan adalah kelengkapan Offset Deformable Barrier (ODB) (14.54/16.00) dan teknologi perlindungan kepala (6.74/8.00), serta markah sempurna dalam perlindungan perlanggaran impak sisi (8.00/8.00).

Honda Civic FE 2022 untuk pasaran Malaysia mendapat penarafan ASEAN NCAP 5-bintang! 04

Perlindungan Kanak-Kanak juga mencatatkan skor hampir sempurna, dengan 18.32/20. Sebahagian daripada ini datang daripada skor yang diperolehi dalam perlindungan perlanggaran hadapan dan sisi (masing-masing 16/16 dan 8/8).

Markah teratas untuk fungsi ADAS

Honda Civic FE 2022 untuk pasaran Malaysia mendapat penarafan ASEAN NCAP 5-bintang! 05

Dari segi ujian ciri ADAS, teknologi AEB Civic terbukti boleh dipercayai dengan markah penuh dalam ujian AEB City dan AEB Inter-Urban (masing-masing 2.50/2.50 dan 3.50/3.50).

Honda Civic FE 2022 untuk pasaran Malaysia mendapat penarafan ASEAN NCAP 5-bintang! 06

Fungsi lain sistem ADAS-nya (diuji di bawah Advanced SAT) juga mendapat skor sempurna (3.00/3.00).

Markah keselamatan penunggang motosikal

Honda Civic FE 2022 untuk pasaran Malaysia mendapat penarafan ASEAN NCAP 5-bintang! 07

Civic hanya memperoleh 2.32/8.00 mata dari segi pengesan titik buta untuk keselamatan penunggang motosikal.

Honda Civic FE 2022 untuk pasaran Malaysia mendapat penarafan ASEAN NCAP 5-bintang! 08

Walau bagaimanapun, lampu pancaran tinggi automatik (AHB), perlindungan pejalan kaki dan teknologi keselamatan penunggang motosikal (MST) canggihnya mendapat markah tinggi.

Juga baca: Baru vs Lama: Honda Civic FE 2022 baru semakin matang atau membosankan?

Honda Civic (FE) 2021, akan datang ke Malaysia

Honda Civic FE 2022 untuk pasaran Malaysia mendapat penarafan ASEAN NCAP 5-bintang! 09

Papan pemuka Civic FE untuk pasaran Thailand

Berikutan penampilan pertamanya di dunia di Amerika Syarikat, Civic generasi terbaharu ini sudah pun berada di Thailand, Singapura dan Indonesia. Malaysia akan menyertai senarai ini, tetapi cadangan pelancarannya pada 2021 di sini telah ditolak ke tahun depan kerana sekatan berkaitan Covid-19.

Juga baca: Sepatutnya dilancarkan pada suku tahun ke-3 2021, Honda Civic FE serba baru ditangguhkan!

Honda Civic FE 2022 untuk pasaran Malaysia mendapat penarafan ASEAN NCAP 5-bintang! 10

Interior Civic FE untuk pasaran Singapura

Di setiap pasaran yang ada pada masa ini, Honda Sensing adalah kelengkapan standard di semua varian, dan aturan ini adalah sesuatu yang akan digunapakai untuk pasaran Malaysia.

Honda Civic FE 2022 untuk pasaran Malaysia mendapat penarafan ASEAN NCAP 5-bintang! 11

Enjin 1.5 liter VTEC turbo.

Walaupun Civic untuk pasaran Malaysia berkemungkinan besar hanya datang dengan enjin 1.5 liter VTEC turbo (menggugurkan varian 1.8 liter aspirasi natural pada Civic 1.8S terkini), tiada maklumat lebih lanjut berkaitan ini.

Juga baca: Tiada lagi 1.8 NA? Honda Civic FE 2022 untuk Malaysia hanya ditawarkan dengan enjin 1.5 VTEC turbo sahaja?

Buat masa kini, Honda Malaysia sedang bersiap sedia untuk melancarkan Honda City Hatchback 2021, seperti mana yang diacah di laman sosial rasmi mereka.

Juga baca: Honda City Hatchback akan bikin Yaris ‘goyang’, pelancaran di Malaysia dalam masa terdekat

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda