window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MBSJ dapat Honda Civic FE 1.5 V Turbo sebagai kereta peronda, pengiring trafik penguatkuasa

Mersita Β· May 18, 2023 06:00 PM

MBSJ dapat Honda Civic FE 1.5 V Turbo sebagai kereta peronda, pengiring trafik penguatkuasa 01

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) baru saja menerima sebuah Honda Civic FE 1.5 V yang bakal digunakan sebagai kereta rasmi peronda dan pengiring trafik penguatkuasa Jabatan Penguatkuasa MBSJ.

Menurut perkongsian MBSJ di Facebook, Civic berkenaan telah diserahkan kepada MBSJ oleh Syarikat Shared Auto Cars Sdn Bhd bagi memenuhi keperluan semasa dalam menjalankan tugasan-tugasan rasmi. Datuk Bandar MBSJ, Mohd Fauzi bin Mohd Yatim, dilihat sempat memandu uji sedan segmen C ini selepas sesi penyerahannya semalam.

MBSJ dapat Honda Civic FE 1.5 V Turbo sebagai kereta peronda, pengiring trafik penguatkuasa 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Civic 1.5 V yang diterima jabatan berkenaan merupakan model spesifikasi pertengahan – iaitu antara varian asas E dan varian petrol tinggi RS. Civic 1.5 V yang berharga RM 143,700 ini dikuasakan enjin petrol 1.5 liter VTEC berpengecas turbo yang menghamburkan kuasa 182 PS dan tork 240 Nm. Kuasa dipacu ke roda hadapan menerusi kotak gear automatik CVT.

Pecutan 0-100 km/j dicapai dalam masa 8.8 saat. Civic FE ini mempunyai kelajuan puncak setinggi 200 km/j.

MBSJ dapat Honda Civic FE 1.5 V Turbo sebagai kereta peronda, pengiring trafik penguatkuasa 01

Juga baca: Rebiu: Honda Civic FE 2022 - matang serupa kereta Jerman, anda takkan rindu si 'ketam'

Apa macam? Apabila kereta peronda majlis perbandaran anda lebih β€˜power’ dan sedap dipandu, boleh jadi kawasan perbandaran anda akan jadi lebih selamat dan kondusif.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda