window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Baru vs Lama: Honda Civic FE 2022 baru semakin matang atau membosankan?

Haris · Aug 31, 2021 08:00 PM

Baru vs Lama: Honda Civic FE 2022 baru semakin matang atau membosankan? 01

Honda Civic 2022 yang baharu (dipanggil Civic FE) baru sahaja memulakan debutnya di ASEAN di Thailand. Rakan sekerja kami di Autofun Thailand telah merasai sendiri model ini dan telah membekalkan kami dengan beberapa keping gambar secara langsung.

Oleh yang demikian, model terbaru ini akan dibandingkan dengan model generasi terdahulu, Honda Civic generasi FC.

Turut diperhatikan adalah model Honda Civic FE yang dilihat di sini adalah varian RS spesifikasi Thailand. Spesifikasi tempatan mungkin berbeza ketika dirasmikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rekaan luar

Baru vs Lama: Honda Civic FE 2022 baru semakin matang atau membosankan? 01

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, varian RS teratas di Thailand menerima rim 17-inci, tidak sama seperti rim 18-inci yang dilihat di model antarabangsa. Terdapat juga lencana RS yang terletak di atas jalur gril bahagian atas.

Baca: Honda Civic FE debut ASEAN - 1.5L turbo VTEC, 3 varian, harga bermula RM 122k!

Baru vs Lama: Honda Civic FE 2022 baru semakin matang atau membosankan? 02

Varian RS juga menampilkan perincian trim berwarna hitam pada cermin sisi, pemegang pintu, antena sirip, rim, dan spoiler yang disudahi dengan warna hitam kilat.

Baru vs Lama: Honda Civic FE 2022 baru semakin matang atau membosankan? 03

Tidak seperti Honda Civic FC sebelum ini dengan hujung ekzos tersembunyi, Honda Civic FE kini dengan bangganya menayang ekor ekzos berkembarnya.

Baru vs Lama: Honda Civic FE 2022 baru semakin matang atau membosankan? 04

Dari segi dimensi, Honda Civic FE telah meningkat sedikit lebih besar daripada generasi terdahulu. Peningkatan dimensi ini tidak begitu ketara namun cukup untuk memberikan lebih ruang kaki pada penumpang belakang

Perbandingan dimensi Honda Civic FE vs Civic FC 
  FE FC Beza
Panjang
(mm)
4,678 4,648 +30
Lebar
(mm)
1,802 1,799 +3
Tinggi
(mm)
1,415 1,416 -1
Jarak Roda
(mm)
2,733 2,700 +33

Rekaan dalaman

Baru vs Lama: Honda Civic FE 2022 baru semakin matang atau membosankan? 05

Pada bahagian dalam, rekaan dalaman yang dilihat bertingkat diubah kepada rekaan susun atur yang lebih sederhana.

Terdapat jalur dari binaan logam yang memanhang disertai dengan elemen reka bentuk sarang lebah yang menambah sentuhan visual yang menarik. Rekaan bijak ini menyembunyikan lubang udara berbanding rekaan konvensional. Bahan dan kualiti binaan dilaporkan lebih baik dari sebelum ini.

Sistem hiburan infotainment

Baru vs Lama: Honda Civic FE 2022 baru semakin matang atau membosankan? 06

Skrin infotainment juga semakin besar, berukuran 9-inci pada varian RS paling berbanding 7-inci dari sebelum ini.

Baca: Honda Civic FE 2022, hanya FC yang diperbaharui? Dengarkan sendiri dari Pengurus Ketua Projek!

Baru vs Lama: Honda Civic FE 2022 baru semakin matang atau membosankan? 07

Walaupun rakan sekerja kami di Autofun Thailand tidak dapat melakukan ukuran mengikut piawaian, mereka melaporkan bahawa ruang kaki terasa lebih luas berbanding Honda Civic generasi FC.

Baru vs Lama: Honda Civic FE 2022 baru semakin matang atau membosankan? 08

Bila Honda Civic FE 2022 akan dilancarkan di Malaysia?

Honda Malaysia sebelum ini telah memberi petanda bahawa Honda Civic 2022 generasi baharu akan tiba seawal akhir suku ke-3 / awal suku-4 tahun ini.

Baca: Honda Malaysia: ‘Lockdown’ berterusan jejas pelancaran model baharu di Malaysia

Baru vs Lama: Honda Civic FE 2022 baru semakin matang atau membosankan? 09

Namun, banyak yang sudah berubah sejak perancangan tersebut dengan aktiviti ekonomi yang dihadkan semasa Program Pemulihan Nasional. Oleh itu, adalah selamat untuk mengatakan bahawa pelancaran Malaysia telah ditangguhkan untuk suatu waktu yang belum ditetapkan.

Baca: Honda Civic FE 2022, hanya FC yang diperbaharui? Dengarkan sendiri dari Pengurus Ketua Projek!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda