Daihatsu bakal lancarkan MPV hibrid pada Okt 2021, pengganti Perodua Alza 2022?

Lakaran daripada bestcarweb.jp

Rakan kerjasama teknikal Perodua iaitu Daihatsu dijangka akan melancarkan MPV 7 tempat duduk hibrid pertamanya di Jepun pada Oktober 2021.

Butiran mengenai model ini masih kurang tetapi model itu hampir pasti akan menggunakan platform DNGA yang turut dibangunkan untuk membangunkan kereta hibrid. Perodua Ativa yang baru dilancarkan adalah model berasaskan DNGA pertama untuk tanah air kita.

Hibrid Perodua, boleh ke?

Dua pilihan trenkuasa yang menjadi sebutan adalah 1.5 liter hibrid dari Toyota (dikongsi dengan Yaris Cross) atau 1.3 liter hibrid yang dibangunkan oleh Daihatsu jenis mild-hybrid. Pilihan pertama tampak lebih realistik.

Tiada di Malaysia, masih dijual di Indonesia

Beberapa sumber lain turut mengatakan bahawa model tersebut akan menggantikan Toyota Sienta dengan perancangan kerjasama Toyota - Daihatsu seperti mana model Toyota Raize / Daihatsu Rocky.

Model pasaran Jepun ini mungkin menjadi asas kepada model 7 tempat duduk lain yang bertujuan untuk pasaran ASEAN, khususnya Indonesia dan Malaysia.

Perodua Alza kini mencecah tingkatan 1 dalam usia manusia

The ageing Perodua Alza and Toyota Avanza / Daihatsu Xenia twins overdue for a replacement and there are rumours that Daihatsu will want reduce development cost and rationalize these two product lines into one.

Perodua Alza (Daihatsu Boon Luminas) dengan Toyota Avanza - Daihatsu Xenia yang semakin berumur telah lama menunggu model pengganti malah khabar angin turut menyatakan bahawa Daihatsu ingin mengurangkan kos pembangunan dan menyatukan kedua-dua produk ini menjadi satu.

Kereta konsep Daihatsu DN Multi-Six 2017

Pada Pameran Motor GAIKINDO 2017 di Jakarta, Daihatsu mempertontonkan kereta konsep Daihatsu DN Multi-Six. Adakah ini pandangan awal Toyota Avanza / Perodua Alza generasi akan datang? Pandangan sisi memberi petunjuk yang jelas kepada Avanza.

Ketika ini, Perodua Alza (FWD, jarak kelegaan tanah rendah) dibangunkan untuk Malaysia sementara Daihatsu Xenia dan Toyota Avanza (RWD, jarak kelegaan tanah tinggi) untuk 'menarik' muatan berat di atas jalan yang mencabar ditujukan untuk Indonesia.

Namun sejak akhir-akhir ini, Indonesia melihat kecenderungan terhadap model dengan jarak kelegaan tanah yang rendah dan model pacuan roda depan (FWD) yang lebih menjimatkan minyak. Model seperti Mitsubishi Xpander, Honda Mobilio / Honda BR-V, serta  Toyota Calya - Daihatsu Sigra kesemuanya terlajak laris.

Kecenderungan ini bermakna sudah tiba masanya untuk menghentikan konsep produk Daihatsu Xenia / Toyota Avanza, suatu ketika sebuah model yang terkenal dengan jarak kelegaan tanah yang tinggi untuk menghadapi banjir kilat, dengan pacuan roda belakang (RWD) untuk cengkaman yang lebih baik ketika membawa beban di atas jalan raya.

Petanda lain yang ada juga menunjukkan bahawa Indonesia kini sedang merintis elektrifikasi, menawarkan insentif terhadap model hibrid atau kenderaan elektrik pemasangan tempatan. 

Walaupun kenderaan elektrik tidak sesuai dengan pelanggan sasaran Daihatsu, hibrid kedengaran lebih realistik. Tahukah anda, Toyota kini menjual 4 model hibrid di Indonesia - Corolla Cross Hibrid, Corolla Altis Hibrid, C-HR Hibrid, dan Camry Hibrid. Malaysia? Masih tiada sebarang petanda.

Sementara itu, Perodua tetap dengan pendirian bahawa ia belum lagi mensasarkan kenderaan elektrik tetapi percaya bahawa hibrid adalah alternatif yang lebih sesuai untuk keperluan pasaran tempatan kita.

Pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018, Perodua mempertontonkan model konsep teknologi hibrid tetapi tidak mengesahkan sama ada ia adalah jenis mild hybrid atau full hybrid.

Selepas Perodua Ativa, model pelancaran seterusnya adalah Perodua Alza yang masih tidak mempunyai pengganti selepas 12 tahun dalam pasaran.

Adakah kita akan melihat generasi kedua Perodua Alza pada tahun 2022?

Bacaan lanjut: 

Direka untuk wanita? Bagaimana Toyota Passo Sette berubah daripada 'sampah' menjadi 'emas' iaitu Perodua Alza

Adakah Perodua Alza DNGA generasi kedua akan diperkenalkan pada 2021?

Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Perodua Alza

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

Installing 17-inch Advanti Aria Flow Form Wheels On A 2022 Perodua Alza, How Does It Look?

My Pro Drifter Friend Bought a 2022 Perodua Alza AV!

2022 Perodua Alza Review in Malaysia, Real World Fuel Consumption & 0-100 km/h Test

2022 Perodua Alza 1.5 AV Review in Malaysia, The Only Car You Should Buy for Under RM80k

2022 Perodua Alza 1.5 AV in Malaysia, Best 7-Seater MPV for under RM80k!

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Perodua Alza
Cek Lebih