Bagi anda yang belum tahu, Honda Civic (FE) 2022 generasi ke-11 bakal membuat debut global di Amerika pada 28 April ini. Setakat ini, Honda hanya memperlihatkan spec produksi seperti di gambar atas. Walaupun debut rasminya bakal berlangsung pada akhir bulan ini, Honda Civic FE hanya akan mula dijual pada bulan yang akan datang sebagai model tahun 2022.
Menariknya, Honda Malaysia telah memberikan petunjuk bahawa Honda Civic serba baru akan membuat debut tempatan seawal tahun ini sekiranya semua pelan berjalan dengan lancar. Tetapi perlu dimaklumkan bahawa ia adalah debut, bukannya pelancaran.
Walaupun perkara ini telah disahkan oleh Honda Malaysia sendiri, kami tidak menjangka langsung bahawa ia akan diperkenalkan di tanah air seawal ini memandangkan model pemasangan tempatan yang baharu memerlukan masa selama 6 ke 9 bulan (selepas produksi bermula di Thailand, kilang besar Honda di rantau ini) untuk mengubah suai peralatan dan komponen yang diperlukan.
Juga baca: Spyshot: Honda Civic FE 2022 versi atas jalan diintip dalam penghantaran!
Namun begitu, Honda Malaysia mungkin bercakap mengenai pra-tonton awal, bukannya pelancaran.
Apabila soalan diajukan kepada Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia mengenai sesuatu yang menarik untuk tahun 2021, beliau sendiri menjawab “You didn’t see the Civic 2022 World Premier on the internet? Where have you been all this time? Hints for 2021… ‘tunggu’…”.
Walau bagaimanapun, beliau tidak memberikan informasi yang lanjut tetapi perkataan “2021” sendiri sudah cukup jelas.
Buat masa ini, jualan Honda Civic FC di Malaysia masih dalam gear teratas. Untuk pengetahuan anda, ia merupakan sedan segmen C yang paling laku di Malaysia dengan jurang yang agak jauh. Disebabkan cukai yang lebih tinggi, pesaing pahitnya, Toyota Corolla Altis yang diimport dari Thailand tidak dapat menyaingi sambutannya sama sekali.
Juga baca: Spyshot: Honda Civic FE 2022 versi produksi dilihat di China
Malah, gosip mengenai perasmian Honda Civic FE langsung tidak memberikan kesan terhadap sambutan Honda Civic FC yang masih dijual sekarang. Perkara ini mungkin disebabkan oleh faktor rupa paras Honda Civic FE sendiri yang kelihatan lebih kemas tetapi kurang menyerlah berbanding Honda Civic FC.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}