window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Alpine A110 dipertontonkan di Malaysia - 1.8L Turbo, 252 PS, DCT 7-kelajuan. Berminat?

Haris ยท Apr 21, 2021 12:30 PM

Alpine A110 dipertontonkan di Malaysia - 1.8L Turbo, 252 PS, DCT 7-kelajuan. Berminat? 01

Alpine (disebut Al-peen) telah menghentikan pengeluaran kenderaan pada tahun 1995 disebabkan angka jualan yang rendah tetapi pada tahun 2017, syarikat induk, Renault memutuskan untuk menghidupkan jenama ini dengan interpretasi moden Alpine A110.

Alpine A110 dipertontonkan di Malaysia - 1.8L Turbo, 252 PS, DCT 7-kelajuan. Berminat? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Alpine A110 moden ini adalah sebuah sports car ringan, coupe 2 pintu, pacuan belakang (RWD) dengan susun atur enjin belakang-tengah (rear mid engine). Model ini kini boleh ditemui di Malaysia, dipertontonkan di TC Euro Car (TCEC) Petaling Jaya.

Alpine A110 dipertontonkan di Malaysia - 1.8L Turbo, 252 PS, DCT 7-kelajuan. Berminat? 01

Menjana Alpine A110 adalah enjin empat silinder 1.8 liter bercaj turbo yang dipadankan dengan transmisi DCT 7-kelajuan. Enjin ini mengeluarkan sehingga 252 PS kuasa kuda dan 320 Nm tork yang boleh diterjemahkan dengan ujian pecutan 0-100 km/j dalam 4.5 saat sahaja.

Alpine A110 dipertontonkan di Malaysia - 1.8L Turbo, 252 PS, DCT 7-kelajuan. Berminat? 02

Unik pada kereta Perancis ini adalah rekaannya, di mana ia menggunakan lampu berkembar terpisah tanpa sebarang lampu kabus pada bahagian bawah. Kekal dengan warisannya, tersemat bendera Perancis kecil pada tiang C (C-pillar) dan daun pintu sebelah dalam.

Alpine A110 dipertontonkan di Malaysia - 1.8L Turbo, 252 PS, DCT 7-kelajuan. Berminat? 03

Pada bahagian dalam, model pemanduan kiri (LHD) yang dipertontonkan menggunakan warna hitam sebagai tema kabin dengan sedikit panel putih pada bahagian pintu.

Kemasan kulit pada stereng dan tempat duduk menjadi pilihan tetapi penggunaan plastik juga digunakan secara meluas pada kereta ini. Sebelum merungut, perlu diketahui bahawa penggunaan plastik inilah yang turut membantu Alpine 110S mengurangkan berat sehingga 1,080kg.

Alpine A110 dipertontonkan di Malaysia - 1.8L Turbo, 252 PS, DCT 7-kelajuan. Berminat? 04

But depan dan belakang yang kosong

Bersaing dalam harga (dan segmen) yang sama dengan Alpine 110S adalah Porsche 718 Cayman dan Toyota GR Supra 2.0 (pasaran UK, Malaysia hanya ada 3.0). Tentunya model Cayman dan Supra mencatatkan kuasa kuda yang lebih tinggi tetapi Alpine 110S adalah yang paling ringan dalam kelasnya.

Alpine A110 dipertontonkan di Malaysia - 1.8L Turbo, 252 PS, DCT 7-kelajuan. Berminat? 05

Di UK, Alpine A110S dijual pada harga sekitar £49,000 (RM 280,994) yang meletakkannya sedikit lebih tinggi berbanding Porsche 718 Cayman  £46,630 (RM 267,403) dan Toyota GR Supra 2.0 (RM 263,848).

Alpine A110 dipertontonkan di Malaysia - 1.8L Turbo, 252 PS, DCT 7-kelajuan. Berminat? 06

Setakat ini, Alpine A100 ini adalah untuk pameran sahaja dan bukan untuk dijual. Berminat? Nyatakan sendiri minat anda kepada TCEC, di mana mereka mempunyai rekod sejarah yang baik dengan membawa masuk Renault Megane RS, Renault Megane RS 300 Trophy dan Renault Clio S. Harganya jangan ditanya jika anda seorang rakyat yang masih patuh SOP.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda