Pengedar Honda di Singapura, Kah Motor Company Sdn Bhd baru sahaja membuka pendaftaran minat untuk Honda Civic FE 2022 serba baru.
Selain iklan rasmi, maklumat mengenai spesifikasi Honda Civic di Singapura masih belum dikongsikan sama sekali. Kalau ada perkembangan baru, kami akan laporkan di WapCar.
Sebelum ini. Honda Civic FC generasi ke-10 yang dijual di Singapura sebenarnya diimport dari Thailand. Memandangkan kali ini juga tiada beza, nampaknya produksi Honda Civic FE di Thailand memang sedang giat dilaksanakan. Dalam erti kata lain, pelancaran Honda Civic FE di rantau ini sebenarnya lebih awal daripada jangkaan asal.
Untuk maklumat anda, Honda Civic FE baru sahaja membuat debut global pada April yang lepas. Selain rupa paras yang berbeza, Honda Civic baru hadir dengan prestasi dan ciri keselamatan yang dinaik taraf.
Turut dipasang di kilang Honda of Canada Manufacturing, jualan Honda Civic FE jenis sedan juga akan berlangsung di pasaran Amerika Utara tidak lama lagi. Ia adalah rantau pertama di dunia yang memulakan era Honda Civic generasi FE.
Juga baca: Honda Civic FE 2022 gen 11 masuk fasa produksi di Amerika Utara!
Di sana, Honda Civic FE akan hadir dengan pilihan enjin 2.0L aspirasi natural ataupun enjin 1.5L turbo.
Selain itu, Civic generasi FE didatangkan dengan Honda Sensing yang terkini. Ia diperbaharui dengan ciri Traffic Jam Assist dan Low Speed Braking Control.
Di Malaysia, Honda Malaysia telah memberikan tanda awal bahawa Honda Civic 2022 serba baru akan dipertonton seawal tahun ini sekiranya semua pelan berjalan dengan lancar.
Juga baca: Honda Civic FE 2022 serba baharu akan tembus pasaran Malaysia seawal tahun 2021!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}