Honda
Honda Civic is such a big hit recently. Some of my friends and collegues buy it. What's your opnions?
75
Selepas varian petrol diperkenalkan, Honda Civic FE 2022 nampaknya bakal hadir dengan varian hibrid e-HEV dan Type R pada tahun depan.
Trenkuasa e-HEV ini menggunakan sistem i-MMD yang sama pada Honda City RS. Bagi anda yang belum tahu, motor elektriknya adalah sumber kuasa yang utama.
Sokongan enjin 1.5L NA 4 silinder pula hanya akan memandu generator bagi menghembuskan kuasa tambahan buat motor elektrik tersebut. Selain itu, enjin ini akan memandu roda secara terus sewaktu belayar pada kelajuan tinggi.
Juga baca: Rebiu: Memandu Honda City RS 2020 dengan enjin i-MMD pertama dunia di Malaysia
Butiran lanjut mengenai varian Type R pula masih belum dikeluarkan tetapi kami sudah menghasilkan lakaran untuk tatapan peminat tegar.
Juga baca: Lakaran: Honda Civic Type R 2022, raja pacuan ‘tarik depan’?
Walaupun pengeluaran Civic sedan di Jepun telah dihentikan, Civic Hatchback nampaknya akan tetap dilancarkan di sana. Tetapi masih belum dapat dipastikan samada model sedan akan diperkenalkan semula atau sebaliknya.
Apapun, sumber menyatakan bahawa Honda Civic biasa ini dikuasakan oleh enjin 1.5L turbo yang dipadankan samada ke transmisi CVT ataupun manual 6 kelajuan.
Di samping itu, pengedar di sana dilaporkan sudah menempah unit ‘display’. Dengan produksi yang akan bermula pada Jun depan, pelancaran Honda Civic Hatchback di Jepun dijangka pada bulan Ogos.
Menariknya, Honda Civic FE 2022 berharga lebih mahal daripada generasi FC yang ada di pasaran kita sekarang.
Juga baca: Pembeli Honda Civic 2022 di Singapura bakal terima seawal Oktober - lagi mahal daripada Civic FC!
Di Malaysia, sekiranya semua pelan berjalan dengan lancar, Honda Civic generasi baru ini dijangka hadir dalam tahun ini juga. Sementara itu, Civic ketam yang ada sekarang akan kekal menguasai pasaran.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
11