Walaupun debut rasmi belum berlangsung, Honda Civic Hatchback generasi baru iaitu model tahun 2022 telahpun terdedah.
Menurut Auto123 yang berkesempatan untuk memperoleh beberapa butiran awal, hatchback yang ditunggu-tunggu ini bakal datang dengan pilihan enjin yang sama dengan Honda Civic sedan iaitu 2.0L aspirasi natural i-VTEC dan 1.5L VTEC turbo. Menariknya, ia akan kekal dengan pilihan transmisi manual 6 kelajuan.
Sebagai model yang sinonim dengan imej rancak, Civic Hatchback baharu juga dikatakan hadir dengan casis dan suspensi yang lebih sporty berbanding model sedan.
Apapun, Honda Civic Hatchback hanya akan didedahkan sepenuhnya pada 24 Jun ini. Untuk itu, teruskan setia bersama kami.
Juga baca: Honda Civic Hatchback 2022 bakal didedah di Jepun pada 24 Jun ini!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}