BMW X5 2020 baru dilancarkan dengan plug in hybrid. Lebih penjimatan?

Pacuan kuasa dan rekaan luar

BMW X5 PHEV 2020 ini dijana oleh enjin petrol 6 silinder 3.0 liter B58 bercas turbo yang menghasilkan 286 PS kuasa kuda dari 5,000 rpm hingga 6,000 rpm dan 450 Nm tork dari 1,500 rpm hingga 3,500 rpm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan yang juga menempatkan motor elektrik yang menggunakan 113 PS dan 265 Nm. Hasil daripada gabungan enjin dan elektrik ini, BMW X5 PHEV 2020 mampu menjana kuasa sebanyak 394 PS dan 600 Nm tork.

Berbanding dengan BMW X5 PHEV generasi F15, model G05 serba baru ini menjana lebih 81 PS kuasa kuda dan 150 Nm tork.

Walaupun 42 kg lebih berat daripada generasi F15, BMW X5 generasi G05 mampu memecut 0-100 km/j hanya dalam 5.6 saat. Sebagai perbandingan, generasi F15 hanya mampu memecut pada ujian yang sama dalam masa 6.8 saat sahaja.

BMW X5 PHEV 2020 ini lebih mesra alam atas penggunaan bahan api yang sedikit, hanya 2.5 liter / 100km sahaja dalam ujian WLTP. Kadar pelepasan karbonnya juga agak rendah pada bacaan 56 g / km. Sebagai perbezaan, generasi F15 menggunakan sebanyak 3.3 liter / 100km dengan kadar pelepasan karbon sebanyak 77g / km.

Selain itu, BMW X5 PHEV 2020 ini turut menerima aksesori M Sport sebagai tambahan.

Oleh itu, model ini dilengkapi dengan roda aloi 20-inci M model 740M yang besar, lampu adaptive LED dengan fungsi BMW Selective Beam dan kaliper brek berwarna biru.

Rekaan dalaman

Ciri kemewahan BMW X5 PHEV 2929 ini turut dirasai pada bahagian dalam. Model ini menggunakan kemasan kulit Vernasca, panel instrumen digital dan paparan infotainment yang besar bersaiz 12.3 inci untuk kedua-duanya. Terdapat juga pad pengecasan tanpa wayar dengan BMW Display Key. Pada bahagian belakangnya pula, BMW X5 PHEV 2020 dilengkapi dengan dua paparan skrin sesentuh 10.2 inci untuk keselesaan dan hiburan anda.

Untuk aspek keselamatan, BMW X5 PHEV 2020 dilengkapi dengan fungsi Departure Warning, Lane Change Warning, Forward Collision Warning, Rear Cross Traffic Alert, Speed Limit Info dan Reversing Assistant. Terdapat juga kamera pandangan 360 darjah.

Seperti model BMW yang lain, BMW X5 PHEV 2020 hadir dengan jaminan tanpa had jarak selama 5 tahun. BMW juga menawarkan servis berjadual percuma selama 5 tahun / 100,000km. Jika anda ragu-ragu dengan jangka hayat bateri PHEV, BMW Malaysia telah menambah jaminan bateri hibrid selama 2 tahun / 60,000 km, menjadikan jaminan bateri hibrid menjadi 8 tahun / 160,000 km secara keseluruhan.

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

BMW X5

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Sejak diperkenalkan pada Ogos 2020, Kia Carnival generasi keempat telah diterima dengan begitu baik sekali di serata dunia walaupun dengan pasaran yang sudah beralih ke SUV. Sebentar tadi pula, Kia baru sahaja mendedahkan model facelift, beberapa hari selepas beberapa intipannya tular di laman sosial di Korea. Berdasarkan imej rasmi yang Kia baru keluarkan ini, hanya bahagian luar sahaja yang dapat dilihat. Juga baca: Spyshots: Wajah baru Kia Carnival 2024 semasa penggambaran iklan di Korea, rek
Toyota dijangka akan mengumumkan satu perjanjian rangkaian bekalan EV yang sangat penting yang boleh menentukan hala tuju BEV di masa depan di Asia Tenggara. Yoshiki Konishi, Presiden Toyota Daihatsu Engineering and Manufacturing (TDEM) mengatakan bahawa penubuhan rangkaian bekalan tempatan yang kukuh untuk komponen EV adalah langkah pertama yang sangat penting sebelum harga kenderaan EV bateri boleh dikurangkan kepada tahap yang diterima oleh ramai. Berucap di acara Future Mobility for Asia di
Prestasi jualan suku 4 2023 bakal menjadi yang terbaik dalam sejarah Perodua. Malah, kilang Rawang juga dalam landasan untuk mencapai sasaran jualan 314,000 unit buat tahun ini. Antara faktor terbesar yang membolehkan mereka mengecapi sasaran itu akan adalah kecekapan produksi. Kemajuan dalam pengilangan mereka telah menaikkan jualan 9 bulan pertama 2023 sebanyak 18.6% (233,227 unit) berbanding 2022. Perkara ini secara teknikalnya dimainkan oleh faktor penambahbaikan sebanyak 18.7% dari segi pem
Perodua melaporkan kenaikan jualan sebanyak 28.3% bagi suku ketiga tahun ini kepada 88,537 unit berbanding 69,011 unit yang dicatatkan dalam suku yang sama pada 2022 berikutan faktor pengeluaran yang bertambah baik. Peningkatan jualan itu disumbangkan oleh kecekapan operasi yang lebih baik di bahagian pengeluaran, yang menyaksikan 91,528 unit kenderaan keluarkan – iaitu kenaikan sebanyak 21.7% berbanding 75,196 unit pada suku sama tahun lalu. “Suku ketiga 2023 menjadi titik mula bagi Perodua unt
Awal bulan ini, Sime Darby Hyundai Integrated Sdn Bhd (SDHI) dan Inokom Corporation Sdn Bhd telah menandatangani Certificate of Mass Production untuk memulakan pemasangan lokal (CKD) buat Hyundai Santa Fe model facelift di Malaysia. Baru sebentar tadi pula, tertular beberapa gambr SUV segmen D ini di atas treler yang dikongsi oleh pembaca. Walau bagaimanapun, pengedar tempatan Hyundai iaitu Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) belum lagi mengemukakan sebarang tarikh pelancaran. Mengenai model faceli

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

BMW X5
Cek Lebih