Honda
Given 100k, Civic top-spec and base spec Audi A3, which is the better? At price range (~150k) but not sure if I really should confirm the Civic, or find something else. Help appreciated, thanks!🙂🙂
67
Honda Motor Company telah mengumumkan bahawa Honda Civic Hatchback 2022 generasi ke-11 (dipanggil FL) akan mula dijual di Jepun pada 3-September 2021 ini. Dua varian akan tersedia - LX dan EX - masing-masing berharga JPY 3.19 juta (sekitar RM 123k) dan JPY 3.54 juta (sekitar RM 136k).
Tidak seperti Honda Civic generasi FC sebelum ini, Honda Civic 2022 baharu hanya ditawarkan dalam versi hatchback di Jepun. Versi sedan telah dihentikan jualan di Jepun justeru memberi fokus terhadap versi hatchback sahaja.
Ketika pelancaran, Honda Civic Hatchback 2022 spesifikasi Jepun dijana oleh enjin 4-silinder 1.5 liter turbo VTEC dengan puncak kuasa 182 PS dan 240 Nm, dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan atau CVT.
Honda turut memberi kenyataan bahawa Honda Civic hibrid yang dipacu sistem hibrid 'e: HEV' (mirip Honda City RS di Malaysia) 2-motor dan varian Type R akan tiba pada tahun 2022.
Baca: Untuk pertama kali, Honda Civic Type R 2022 akan menggunakan trenkuasa hibrid!
Seperti yang dilaporkan ketika artikel debut global, Honda Civic Hatchback generasi ke-11 adalah lebih besar berbanding model sebelumnya. Peningkatan ini juga meningkatkan ruang dalaman dengan tambahan ruang kaki belakang sebanyak 36 mm. Julat penglihatan juga dipertingkatkan dengan penggunaan kaca depan yang lebih menegak.
Dari segi ciri kelengkapan, kedua-dua varian datang dengan rim 18-inci yang sama tetapi kemasan dalaman yang berbeza. Varian EX menambah lampu kabus LED, lampu selekoh aktif, tempat duduk kuasa baris hadapan, skrin infotainment 10.2-inci, sistem audio Bose dengan 12 pembesar suara dan kemasan baldu untuk tempat duduk.
Untuk ciri standard, Honda Civic Hatchback 2022 dilengkapi dengan suite bantuan pemandu ADAS Honda Sensing yang merangkumi:
Sebagai makluman, Honda Civic Sedan 2022 baharu kini sedang bersiap sedia untuk pelancaran debut ASEAN di Thailand. Bagi proses pelancaran Malaysia pula, ia telah ditangguhkan dari rancangan awal iaitu pelancaran pada akhir suku ke-3 / 4 tahun ini ke suatu tarikh yang masih belum diputuskan.
Bacaan Lanjut:
Produksi kembali semula ke Jepun, inilah Honda Civic buatan UK yang terakhir!
Thailand negara pertama ASEAN lancar Honda Civic FE 2022, pelancaran minggu depan!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
10