window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

(Video) Polis ‘kutip’ pemilik Perodua Axia langgar lari basikal, kereta disita

Mersita · Sep 9, 2021 11:00 AM

(Video) Polis ‘kutip’ pemilik Perodua Axia langgar lari basikal, kereta disita 01

[DIKEMASKINI] Pemilik Perodua Axia berwarna merah yang terlibat dalam kes langgar lari seorang pembonceng basikal di Jalan Kinabalu, Kuala Lumpur telah dipanggil ke balai polis untuk dirakam keterangannya susulan laporan dibuat mangsa pada hari kejadian semalam (8 September) dan video rakaman kemalangan itu tular di media sosial.

(Video) Polis ‘kutip’ pemilik Perodua Axia langgar lari basikal, kereta disita 02

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya telah menghubungi pemilik Axia berkenaan dan dia telah hadir ke Balai Trafik Kuala Lumpur pada jam 4.45 petang semalam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suspek dibebaskan selepas keterangan diambil dan kereta Axia tersebut disita untuk siasatan lanjut.

Terkini: Langgar lari basikal: Pemilik Axia pinjamkan kereta pada rakan, dakwa tak terlibat

Sarifudin berkata, siasatan awal terhadap video tular itu mendapati penunggang basikal berusia 33 tahun itu bergerak dari arah Cheras menghala ke Jalan Kuching pada jam 7.15 pagi.

Perodua Axia itu pula dilihat bergerak perlahan dan semakin rapat ke sisi jalan sebelum melanggar mangsa dari arah belakang dan berlalu pergi.

(Video) Polis ‘kutip’ pemilik Perodua Axia langgar lari basikal, kereta disita 01

Kejadian itu mengundang pelbagai reaksi dari warganet, rata-rata tidak berpuas hati dengan sifat tidak bertanggungjawab pemandu Axia berkenaan yang langsung tidak berbuat apa-apa setelah melanggar mangsa.

Sarifudin berkata, kes diklasifikasikan di bawah Rule 10 LN 166/59.

"Oang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda