Legenda kereta Korea di Malaysia – Kia Sephia, Spectra, Forte & Cerato, mana paling digemari?

Kredit: Malaysia Automotive's Archive.

Kereta Korea bukanlah sesuatu yang terus meninggalkan impak yang luar biasa sewaktu diperkenalkan ke Malaysia. Tetapi ada sebilangan sedan ini cukup popular di tanah air kita kerana ia luar biasa murah. Malah, ia lain daripada apa yang kebiasaannya dibeli oleh orang ramai ketika itu. Di sinilah bermulanya gelombang Kia Sephia, Spectra, Forte dan juga Cerato.

Kia Sephia 1.5 LS

Kredit: Malaysia Automotive's Archive.

Kia Sephia mula mengorak langkah ke pasaran kita sewaktu Naza-Kia mengimportnya dari Korea Selatan pada tahun 1998. Model ini merupakan respon Naza setelah menerima sambutan yang menggalakkan buat Kia Sportage.

Kredit: Malaysia Automotive's Archive.

Dari segi teknikal, Kia Sephia dikuasakan oleh enjin B5-DE 1.5L aspirasi natural DOHC (105 PS, 135 Nm) dari Mazda. Ia dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan.

Kia Spectra 1.6 LS

Kredit: Malaysia Automotive's Archive.

Kia Sephia meninggalkan impak yang positif buat pasaran segmen C di Malaysia tetapi pada hakikatnya, ia bukanlah kereta yang bagus. Disebabkan itu, Naza-Kia cepat-cepat menggantikannya dengan Kia Spectra pada tahun 2001.

Kredit: Malaysia Automotive's Archive.

Menariknya, Sephia facelift ini dipasang secara lokal (CKD) di kilang HICOM Automotive Manufacturers di Pekan, Pahang dan harga sewaktu itu adalah sekitar RM 79k. Produksi Kia Spectra kemudiannya berpindah ke kilang Naza Automotive Manufacturing di Gurun, Kedah.

Kredit: Malaysia Automotive's Archive.

Uniknya, radio kereta ini adalah unit Clarion yang sama diguna pada Proton Wira ketika itu.

Dari segi tenaga, Kia Spectra dikuasakan oleh enjin B6 1.6L aspirasi natural DOHC (106 PS, 143 Nm) yang dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan.

Kredit: Malaysia Automotive's Archive.

Kemudian pada tahun 2004, Naza-Kia juga melancarkan edisi Novus tetapi dengan harga yang begitu menarik iaitu pada RM 68k. Edisi ini menampilkan penambahan skirting dan spoiler belakang. Malah, ia datang sekali dengan kerusi sport.

Kia Spectra 5

Kredit: Malaysia Automotive's Archive.

Dengan sambutan Kia Spectra yang cukup luar biasa, Naza-Kia cuba membawa masuk sebuah hatchback segmen C dengan melancarkan Kia Spectra 5 pada Ogos 2007. Hatchback yang sinonim dengan elemen lebih rancak ini hadir dengan unsur yang lebih menarik.

Antaranya seperti suspensi belakang jenis multi-link, mod pemanduan manual dan enjin variable valve timing. Bercakap mengenai ini, ia dikuasakan oleh enjin G4FC Gamma 1.6L CVVT (122 PS, 156 Nm) yang dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan.

Juga bacaKia K3 GT hatchback memperlihatkan reka bentuk lebih sporty, teringat Proton Suprima S!

Kredit: Malaysia Automotive's Archive.

Malangnya, model ini tidak mendapat sambutan yang diharapkan. Perkara ini mungkin berkait dengan pasaran Malaysia ketika itu yang tidak berapa menggemari kereta jenis hatchback.

Kia Forte

Kredit: Malaysia Automotive's Archive.

Setelah bertahan lama di pasaran kita, Kia Spectra mula digantikan dengan Kia Forte pada tahun 2009. Dengan kereta buatan Jepun ketika itu yang kedekut dari segi spesifikasi, Kia Forte memberikan tamparan hebat disebabkan oleh ciri yang Naza-Kia bawakan. Antaranya seperti ESC, keyless entry & push start, cermin pandang belakang anti-silau, sistem audio canggih dan port USB.

Kredit: Malaysia Automotive's Archive.

Tambahan pula, harga yang ditawarkan berbanding saingan dari Jepun adalah jauh lebih murah. Sewaktu itu, Kia Forte hadir dengan varian 1.6 EX (RM 75.8k), 1.6 SX (RM 81.8k) dan 2.0 SX (RM 93.8k).

Dari segi teknikal, Kia Forte dikuasakan oleh pilihan enjin Gamma aspirasi natural berkapasiti 1.6L (124 PS, 156 Nm) dan unit Theta ll 2.0L (156 PS, 194 Nm). Sumber tenaga ini dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan.

Kredit: Malaysia Automotive's Archive.

Model facelift yang diperkenalkan pada tahun 2011 pula diperbaharui dengan transmisi automatik 6 kelajuan (sekali dengan paddle shifter), lampu isyarat tepi di cermin sisi, kamera undur dan sokongan Bluetooth. Harganya pula meningkat dari RM 3k – RM 4k.

Dengan sambutan Forte yang cukup luar biasa sejak keluaran pertama, Naza-Kia juga mengimport Forte Koup dari Korea. Forte versi dua pintu ini hadir dengan sentuhan unik seperti kerusi bucket, pedal aloi, bumbung suria, lampu LED pada pembesar suara, pintu frameless, papan pemuka berwarna merah dan ekzos kembar.

Dari segi trenkuasa, coupe seksi ini datang dengan trenkuasa sama yang diguna pada Forte 2.0 SX. Pembeli yang berminat ketika itu ditawarkan dengan harga RM 115.8k.

Kia Cerato

Kehebatan kereta buatan Korea yang menawarkan spesifikasi tinggi dengan harga yang lebih rendah diteruskan lagi dengan Kia Cerato yang dilancarkan ke pasaran kita pada tahun 2013. Sedan segmen C yang menggantikan Kia Forte ini ditawarkan pada harga RM 99.8k untuk varian 1.6 dan RM 118.8k untuk varian 2.0.

Secara teknikal, varian 1.6 dikuasakan oleh enjin Gamma ll yang menghasilkan 130 PS dan 157 Nm. Varian 2.0 pula menggunakan enjin Nu yang menghembuskan 161 PS dan 194 Nm. Kedua-duanya kekal dengan transmisi automatik 6 kelajuan.

Antara ciri luar biasa yang membuatkan Kia Cerato cukup disegani oleh pesaing Jepun adalah seperti pilihan mod stereng, lampu selamat datang, bantuan parkir, penyaman udara ioniser, corong penyaman udara untuk tempat duduk belakang, pengering cermin belakang jenis automatik serta larasan elektrik dan penyejuk untuk tempat duduk pemandu.

Model facelift yang diperkenalkan pada tahun 2016 pula menyaksikan pembaharuan pada grafik kluster instrumen, butang dan suis, paten ala gentian karbon sekitar corong penyaman udara serta pemanas dan penyejuk tempat duduk hadapan.

Sejak daripada model facelift, Kia Cerato di Malaysia tidak menerima generasi baharu kerana terdapat isu oleh pengedar Kia. Apapun, Naza pernah membawa masuk sebilangan unit import dari Korea pada tahun ini yang mana ia terdiri daripada varian 1.6 SX dan 1.6 GT yang berenjin turbo (204 PS, 265 Nm). Ia dipadankan istimewa dengan transmisi DCT 7 kelajuan. Namun begitu, unit GT yang berharga RM 149k ini telahpun dijual.

Juga bacaKia diselamatkan Bermaz, Kia Seltos dan Kia Carnival versi CKD bakal menyusul!

Percaya atau tidak, harga varian 1.6 SX sekalipun bermula dari RM 129.8k. Namun demikian, ia tetap hadir dengan sistem infotainment sesentuh moden sekali dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Juga baca: Kenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Dari segi trenkuasa, Kia Cerato pra-facelift ini dikuasakan oleh enjin aspirasi natural 1.6L (128 PS, 155 Nm) yang dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.

Jadi antara semua, yang mana paling menggamit memori anda?

Juga bacaKia Cerato 2020 - ini unit terakhir. Ingin tampil lain dari Civic dan Corolla? Harga dari RM 129k!

    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Kia Cerato

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Kia Cerato
Cek Lebih