window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Terasa mahal? Kesemua 2021 Land Rover Defender 110 berharga dari RM 800k habis ditempah!

Haris ยท Oct 21, 2021 08:00 PM

Terasa mahal? Kesemua 2021 Land Rover Defender 110 berharga dari RM 800k habis ditempah! 01

Land Rover Defender 110 serba baru 2021 telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia hari ini dengan harga bermula dari RM 798,800 (harga termasuk pengecualian 50% Cukai Jualan Penjana, tidak termasuk Cukai Jalan, Pendaftaran dan Insurans).

Model terbaru ini merupakan generasi ke-5 namun kesemua aspek Land Rover Defender 110 ini dipetingkat dengan teknologi terkini. 4 model generasi sebelum tampil sebagai sebuah kenderaan 4x4 berkuasa yang dipercayai namun kini ia adalah sebuah SUV mewah dengan kebolehan off-road. 

Terasa mahal? Kesemua 2021 Land Rover Defender 110 berharga dari RM 800k habis ditempah! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mungkin SUV ini kedengaran mahal untuk anda namun Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) telah mengesahkan bahawa kesemua unit kumpulan pertama yang dibawa masuk ke Malaysia telah habis ditempah. Malah, unit yang dipamerkan juga telah ditempah oleh pembeli.

Terasa mahal? Kesemua 2021 Land Rover Defender 110 berharga dari RM 800k habis ditempah! 01

Ketika pelancaran Land Rover Defender L663 hari ini, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan JLRM mengesahkan bahawa sambutan luar biasa terhadap SUV ini menyebabkan stok yang diperuntukkan untuk tahun 2021 telah habis terjual.

Baca: 2021 Land Rover Defender 110 dilancarkan dari RM 798k - 2.0L Turbo/3.0L MHEV, SUV 'off-road' mewah!

Terasa mahal? Kesemua 2021 Land Rover Defender 110 berharga dari RM 800k habis ditempah! 02

Akibatnya, penghantaran untuk Land Rover Defender 110 ini yang ditempah selepas ini akan tiba kepada pemilik masing-masing mulai tahun 2022 dan seterusnya.

Pihak JLRM tidak mendedahkan berapa banyak unit Land Rover Defender yang diperuntukkan untuk Malaysia bagi kumpulan pertama ini. Syed Ahmad Muzri turut berkongsi bahawa beberapa tempahan dibuat sejurus selepas pratonton eksklusif sebelum pelancaran.

Terasa mahal? Kesemua 2021 Land Rover Defender 110 berharga dari RM 800k habis ditempah! 03

Anjakan paradigma yang dibawakan oleh Land Rover Defender L663 mungkin dipandang serong oleh peminat tegar SUV ini. Namun, dengan warisan dan legasi yang ditempa sejak 30 tahun dahulu, tidak hairanlah jika ia kini disasarkan untuk golongan berada.

Baca: Toyota Hilux jadi pilihan terbaru kontinjen Polis Johor, ganti Land Rover lama!

Terasa mahal? Kesemua 2021 Land Rover Defender 110 berharga dari RM 800k habis ditempah! 04

2 pilihan trenkuasa ditawarkan iaitu enjin pancitan bahan api kawalan elektronik 2.0L 300PS Ingenium 4-silinder, dan enjin bahan api 3.0L 400PS MHEV (Mild Hybrid Electric Vehicle) 6- silinder. Langkah untuk menggunakan enjin hibrid adalah suatu pilihan yang menarik, memperlihatkan komitmen JLRM terhadap era elektrifikasi.

Terasa mahal? Kesemua 2021 Land Rover Defender 110 berharga dari RM 800k habis ditempah! 05

Kedua-duanya dipadankan dengan transmisi automatik ZF 8-kelajuan. Bagi tujuan off-road pula, transfer case 2-kelajuan turut dimuatkan pada Land Rover Defender 110 ini.

Harga jualan varian 2.0L 300PS bermula dari RM 798,800 manakala 3.0L 400PS MHEV bermula dari  RM 998,800 (harga termasuk pengecualian 50% Cukai Jualan Penjana, tidak termasuk Cukai Jalan, Pendaftaran dan Insurans).

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Land Rover Defender 110 2.0L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda