window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Land Rover Defender 2021 di jalan raya Malaysia, 'confirm' akan dilancarkan!

Zamil Syaheer · Aug 18, 2021 04:30 PM

Spyshot: Land Rover Defender 2021 di jalan raya Malaysia, 'confirm' akan dilancarkan! 01

Setelah beberapa bulan ditutup, industri automotif di Malaysia kini dibuka semula secara beransur-ansur. Kali ini, Land Rover Defender 2021 yang baru sedang giat diuji untuk pasaran Malaysia.

2020 Land Rover Defender front

Terima kasih kepada rakan media kami di Careta, nampaknya Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) bakal memperkenal SUV yang ‘rugged’ ini pada masa akan datang. Menambah lagi kredibiliti sumber ini adalah model Defender ini dilihat sekitar Ara Damansara – pejabat baru JLRM.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

2020 Land Rover Defender rear

Sebagai rangkuman, Land Rover melancarkan Defender baru pada tahun 2019. Dengan kod L663, Defender serba baru dibina berdasarkan platform D7x Land Rover.

Tidak seperti model pendahulunya, Defender serba baru menggunakan platform aluminium monocoque ringan yang membolehkannya mempunyai ketegaran badan tiga kali lebih kuat berbanding model yang dibina pada platform body-on-frame.

2020 Land Rover Defender front

Ia juga dilengkapi dengan pelbagai pilihan trenkuasa termasuklah satu enjin petrol turbo, satu hybrid petrol-elektrik, dan juga dua unit turbodiesel. Memandangkan bahawa lencana pada Defender yang dilihat ini sudahpun disembunyikan, agak sukar untuk kami menyatakan varian apa yang sedang diuji.

2020 Land Rover Defender front

Laman web Land Rover Malaysia juga telah diperbaharui untuk mencerminkan model baru. Nampaknya JLRM akan memperkenalkan Defender dalam gaya badan 90 dan 110. Defender 90 adalah versi 3 pintu, sementara Defender 110 adalah model 5 pintu.

Sama seperti model-model lain Land Rover, Defender serba baru dapat disesuaikan dengan pelbagai jenis pilihan kelengkapan dan ciri termasuk reka bentuk roda yang berbeza, kotak penyimpanan, dan jahitan interior.

Tonton ruangan ini untuk maklumat lebih lanjut.

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Land Rover Defender 110 2.0L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda