Segelintir rakyat Malaysia memang tidak layak digelar sebagai manusia yang berakal. Ini kerana setiap kali perkhidmatan baru diberikan kepada pengguna Malaysia, ia akan disalahgunakan.
Itulah yang terjadi apabila seorang pengguna SoCar baru-baru ini mendapati Volkswagen Passat yang ditempahnya tidak mempunyai unit infotainmen skrin sentuh.
Dia menyiarkan rungutannya dalam thread forum di Lowyat.NET. Selain itu, keadaan Volkswagen Passat yang ditempahnya agak teruk akibat kurangnya penjagaan mahupun penyelenggaraan.
Sama ada unit infotainmen ini dicuri atau dibuka, yang pasti adalah harga unit infotainmen proprietari ini sangat mahal, mencecah ribuan ringgit untuk alat ganti asal.
Oleh itu, “dengan hanya RM 25.33 sejam”, adalah lebih murah untuk menyewa SoCar, dan mencuri alat ganti yang anda perlukan untuk kereta anda sendiri, atau menjualnya kemudian sebagai barangan pasaran gelap dalam talian.
Unit infotainmen Volkswagen Passat menyepadukan ciri, audio, navigasi, dan ciri berkaitan yang lain.
Juga baca: 5 petua mudah untuk mengelakkan kecurian terhadap kereta anda!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}