Laman Instagram b_channel_indonesia baru-baru ini telah memuat naik satu hantaran yang memperlihatkan model yang bakal dipamerkan di Gaikindo Indonesia Internatinal Auto Show (GIIAS) 2021.
Dari apa yang dapat dilihat, pameran yang akan berlangsung pada bulan November itu akan turut menampilkan Daihatsu Sirion facelift, iaitu kembar Perodua Myvi di Indonesia. Perkara ini agak mengejutkan kerana Myvi generasi sekarang lahir di Malaysia terlebih dahulu, iaitu sekitar Julai tahun 2017. Jadi untuk sebarang pembaharuan, Malaysia yang sepatutnya dapat dahulu. Betul tak?
Juga baca: Perodua Myvi baru dengan D-CVT Ativa akan tiba hujung 2021, rujuk spec baru Daihatsu Sirion
Setakat ini, tarikh keramat mengenai perasmian Myvi facelift (D51A) di tanah air kita masih belum diberi oleh Perodua. Tetapi apa yang pasti, hatchback tempatan yang paling laku ini bakal menggunakan transmisi CVT buat kali pertama dalam keluarannya.
Bercakap mengenai ini, Perodua Alza serba baharu yang dikhabarkan sebagai kembar kepada Toyota Avanza generasi seterusnya juga akan menampilkan transmisi CVT.
Juga baca: Selamat tinggal transmisi 4AT, Perodua Alza generasi seterusnya bakal guna D-CVT Ativa!
Untuk itu, sama-sama kita nantikan pameran yang bakal berlangsung dari 11 - 21 November ini.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}