window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Haval Jolion debut di Thailand, CKD di Rayong, katanya bakal eksport ke Malaysia

Zamil Syaheer · Nov 12, 2021 09:00 AM

Haval Jolion debut di Thailand, CKD di Rayong, katanya bakal eksport ke Malaysia 01

Awal tahun ini, Great Wall Motors memperkenalkan Haval H6 di Thailand. Ini diikuti dengan pelancaran Ora Good Cat lewat bulan lepas.

Haval Jolion debut di Thailand, CKD di Rayong, katanya bakal eksport ke Malaysia 02

Tetapi Great Wall Motors masih belum berpuas hati dengan kejayaan mereka, kerana syarikat itu baru sahaja memperkenalkan Haval Jolion di Thailand. Ini merupakan pelancaran ketiga mereka dalam tahun ini. Jolion telah diintip di jalanraya Thailand pada bulan Jun, mencetuskan spekulasi bahawa Haval mempunyai rancangan untuk memperkenalkan SUV yang diletakkan di bawah H6.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Intipan: Haval First Love diuji di Thailand, GWM tak duduk diam lepas Haval H6 dilancarkan!

Apakah itu Haval Jolion?

Haval Jolion debut di Thailand, CKD di Rayong, katanya bakal eksport ke Malaysia 01

Haval Jolion ialah crossover subkompak dengan dimensi yang meletakkannya sebagai saingan Toyota Corolla Cross dan Subaru XV.

Walaupun ia bersaing dalam segmen subkompak yang sama dengan Proton X50 dan Honda HR-V, Jolion lebih besar dari segi dimensi, seperti yang ditunjukkan dari perbandingan di bawah.

Perbandingan Dimensi
Model Panjang (mm) Lebar (mm) Tinggi (mm) Jarak Roda (mm)
Jolion 4,472 1,841 1,574 2,700
Corolla Cross 4,460 1,825 1,620 2,640
XV 4,465 1,800 1,615 2,665
X50 4,330 1,800 1,609 2,600

Walaupun dimensinya lebih kecil daripada Haval H6, ia telah menjadi kejayaan jualan untuk Haval, dengan lebih daripada 40,000 unit terjual antara Januari dan Ogos tahun ini.

Haval Jolion debut di Thailand, CKD di Rayong, katanya bakal eksport ke Malaysia 02

Seperti Haval H6 dan Ora Good Cat, Jolion dibangunkan pada platform LEMON baharu syarikat itu.

Haval Jolion debut di Thailand, CKD di Rayong, katanya bakal eksport ke Malaysia 03

Di bahagian hadapan, Jolion menggunakan sistem suspensi MacPherson, manakala bahagian belakang mendapat suspensi torsion beam – agak tipikal bagi SUV dalam segmen ini.

Juga baca: INTIPAN - Haval First Love kini di Malaysia!

Berapa jenis enjin yang akan ditawarkan?

Haval Jolion debut di Thailand, CKD di Rayong, katanya bakal eksport ke Malaysia 04

Terdapat dua pilihan enjin yang akan ditawarkan di Thailand, kedua-duanya diambil dari Haval H6. Enjin pertama ialah enjin petrol 1.5 liter berpengecas turbo yang menghasilkan 152 PS dan 220 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik klac berkembar 7-kelajuan.

Haval Jolion debut di Thailand, CKD di Rayong, katanya bakal eksport ke Malaysia 05

Bagi enjin kedua pula, ia adalah enjin hibrid 1.5 liter berpengecas turbo petrol elektrik dengan gabungan kuasa 243 PS dan 530 Nm.

Haval Jolion debut di Thailand, CKD di Rayong, katanya bakal eksport ke Malaysia 06

Thailand akan menjadi pasaran pertama di seluruh dunia yang menerima rangkaian kuasa hibrid di Jolion, mendahului pasaran seperti Afrika Selatan dan Australia di mana Jolion kini ditawarkan.

Apakah ciri yang ada pada Haval Jolion?

Haval Jolion debut di Thailand, CKD di Rayong, katanya bakal eksport ke Malaysia 07

Haval Jolion ialah SUV yang penuh dengan pelbagai ciri moden yang anda harapkan ada pada crossover subkompak, termasuk enam beg udara biasa, kawalan kestabilan, sistem bantuan pemandu lanjtan ADAS penuh, tempat letak kenderaan automatik, kamera 360 darjah, dan sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS).

Haval Jolion debut di Thailand, CKD di Rayong, katanya bakal eksport ke Malaysia 08

Bagi sistem infotainmennya, ia menawarkan sokongan untuk Apple CarPlay dan Android Auto – sesuatu yang boleh dipelajari oleh Proton.

Juga baca: Dah 2021, kenapa Proton belum guna Apple CarPlay/Android Auto? Sebabnya, ‘user data’

Adakah Jolion bakal dijual di Malaysia?

Haval Jolion debut di Thailand, CKD di Rayong, katanya bakal eksport ke Malaysia 09

Ada kemungkinan model ini akan dijual di sini. Great Wall Motor Thailand telah menyebut bahawa model yang dikeluarkan di kilang Rayong mereka akhirnya akan dieksport di rantau ASEAN, termasuk Malaysia. Model itu juga akan ditawarkan di Indonesia dan Australia.

Haval Jolion debut di Thailand, CKD di Rayong, katanya bakal eksport ke Malaysia 10

Namun, timbul persoalan mengenai pengedar rasmi GWM, Go Auto di Malaysia. Ini kerana mereka agak senyap kebelakangan ini dan sejak itu telah membubarkan pasukan perhubungan awam.

Adakah Haval Jolion mahal?

Haval Jolion debut di Thailand, CKD di Rayong, katanya bakal eksport ke Malaysia 11

GWM Thailand akan mengumumkan harga Haval Jolion yang dipasang di Thailand pada 25-November.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Haval Jolion Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda