window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Haval Jolion terima 5-bintang ANCAP sebelum ke Malaysia, antara SUV dengan markah tertinggi!

Haris ยท Sep 23, 2022 06:00 PM

Haval Jolion terima 5-bintang ANCAP sebelum ke Malaysia, antara SUV dengan markah tertinggi! 01

Haval Jolion, SUV segmen-B (juga dikenali sebagai Haval First Love di China) juga telah mencapai pengiktirafan keselamatan 5 bintang di Australasia New Car Assessment Programme (ANCAP).

Markah yang diterima adalah 90 peratus dalam ujian Perlindungan Penumpang Dewasa, 84 peratus dalam Perlindungan Penumpang Kanak-kanak, 64 peratus dalam Perlindungan Pengguna Jalan Raya Terdedah, dan 92 peratus dalam Bantuan Keselamatan.

Haval Jolion terima 5-bintang ANCAP sebelum ke Malaysia, antara SUV dengan markah tertinggi! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk pengetahuan, Haval Jolion mempunyai antara markah Perlindungan Penumpang Dewasa tertinggi dalam kategori SUV kecil.

Menurut kenyataan ANCAP, markah pengiktirafan tinggi ini adalah disebabkan oleh penawaran beg udara dwi-depan, perlindungan sisi dada, dan perlindungan sisi kepala (atau beg udara tirai) yang datang sebagai standard.

Selain itu, Haval Jolion turut menampilkan beg udara tengah yang memberikan perlindungan tambahan kepada penumpang tempat duduk hadapan dalam kemalangan impak sisi, juga ditawarkan standard dalam semua varian.

Baca: SAH: GWM akan memasuki Malaysia dengan Haval H6 & Jolion, tahun 2022 lebih banyak jenama China!

Haval Jolion terima 5-bintang ANCAP sebelum ke Malaysia, antara SUV dengan markah tertinggi! 01

Seperti skor Perlindungan Penumpang Dewasa, markah Bantuan Keselamatan pada Haval Jolion juga merupakan salah satu pengiktirafan tertinggi untuk kategori SUV kecil.

Brek Kecemasan Autonomi (AEB) Jolion bukan sahaja berfungsi di antara kereta ke kereta, ia juga dilengkapi dengan beberapa manuver lain seperti Vulnerable Road User, Junction Assist, dan Backover.

Tonton video berikut untuk memahami cara setiap ciri AEB ini berfungsi.

Haval Jolion terima 5-bintang ANCAP sebelum ke Malaysia, antara SUV dengan markah tertinggi! 02

Terdapat juga Lane Support System with Lane Keep Assist (LKA), Lane Departure Warning (LDW), Emergency Lane Keeping (ELK), dan Advanced Speed Assistance system (SAS).

Haval Jolion adalah salah satu model yang telah dirancang untuk menyusul ke Malaysia apabila Haval kembali secara rasmi ke negara kita.

Haval Jolion terima 5-bintang ANCAP sebelum ke Malaysia, antara SUV dengan markah tertinggi! 03

Apabila ia tiba di Malaysia kelak, ia akan bersaing dengan SUV kompak seperti Honda HR-V dan Toyota Corolla Cross, di mana pengiktirafan ANCAP 5 bintang penuh ini tentunya akan memberikan lebih keyakinan dalam persaingan sesama SUV popular lain.

Baca: Haval H6 Hybrid mendapat skor 5 bintang sempurna pada ujian ANCAP; Siapa kata kereta China tak selamat?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Haval Jolion Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda