Kereta hibrid tempatan pertama di Malaysia mungkin datang dari Perodua. Syarikat automotif nombor 1 Malaysia tersebut berkongsi perancangan mereka dalam sesi business review hari ini mengesahkan bahawa Perodua Ativa Hibrid kini sedang menjalani kajian pasaran di Malaysia.
Walaupun tiada butiran lanjut yang dikongsikan mengenai kemungkinan model baharu tersebut, ia menjelaskan gambar intipan model Daihatsu Rocky e-Smart baru-baru ini yang berlegar di atas jalan raya Malaysia.
Daihatsu Rocky merupakan model asas kepada Perodua Ativa (berkongsi platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang sama), memberi kemungkinan bahawa Perodua Ativa Hibrid boleh berkongsi aspek trenkuasa dengan Daihatsu Rocky e-Smart pada masa hadapan.
Baca: Ativa Hybrid tak lama lagi? Daihatsu Rocky, Toyota Raize e-Smart hybrid dilancarkan di Jepun
Menjana Daihatsu Rocky hibrid ialah sistem enjin 1.2 liter hibrid e-Smart yang menghasilkan 106 PS dan 170 Nm. Trenkuasa hibrid ini berfungsi sama dengan sistem hibrid e-Power dari Nissan di mana ia adalah sistem hibrid penuh.
Spesifikasi trenkuasa yang sama juga digunakan pada Toyota Raize e-Smart, model hibrid Toyota Raize. Daihatsu dan Toyota mendakwa varian hibrid menawarkan penggunaan bahan api antara yang terendah dalam kelasnya dengan purata 28 km/L berdasarkan ujian WLTC.
Perodua pernah mempamerkan sistem trenkuasa hibrid ringan (mild hybrid) ketika Kuala Lumpur International Motor Show 2018. Teknologi elektrik pantas berubah dari masa ke semasa justeru adalah lebih munasabah untuk Perodua tampil dengan sistem trenkuasa hibrid penuh yang lebih terbukti. Bagaimana pula sambutan pembeli di Malaysia nanti?
Baca: Perodua Alza baharu akan menggunakan teknologi separa hibrid?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}