Rebiu: Lupakan Alphard & Vellfire ‘recon’ - Kia Carnival 2022 ialah MPV RM 200k terbaik di Malaysia!

Sebelum anda memasang niat untuk membeli telefon pintar baharu, kemungkinan besar anda akan menghabiskan sedikit masa untuk mengkaji dan membandingkan harga serta spesifikasi setiap unit yang dilihat.

Jika rakyat Malaysia menyamakan pembelian kereta seperti telefon pintar, Kia Carnival 2022 akan menjadi satu-satunya jurnal teknologi yang digembar-gemburkan sebagai ‘flagship killer’ bagi jenama lain yang lebih dikenali.

Sebenarnya itu agak tepat. Setelah menguji Carnival yang diimport sepenuhnya (CBU Korea, pemasangan tempatan akan dimulakan kemudian), kami rasa ia adalah sebuah MPV yang amat sedap untuk dipandu bagi peminat pemanduan (yang mungkin terpaksa menjual kereta ‘sports’ mereka demi memasang niat untuk bekeluarga) dan mampu membawa lebih daripada lima orang dengan selesa.

Juga baca: Pelancaran Kia Carnival 2022 CKD tergendala sedikit, bakal tiba pada awal suku kedua 2022

Dengan harga RM 196,340 (diatas jalan tanpa insurans, termasuk cuti cukai SST), kami berani mengatakan baik anda membeli MPV K-Pop ini daripada Toyota Alphard atau Toyota Vellfire 'recon'.

Eksterior: Kia berkata MPV kenalah nampak stailo dan futuristik

Unit rebiu kami dengan warna Flare Red, cantikkan?

Senang cerita, sebutan saiz ‘XL’ kena dengan Carnival, jadi jangan harap saiznya sepadan dengan MPV kecil seperti Perodua Alza atau Toyota Innova. Dengan panjang 5,155 mm, tinggi 1,775 mm dan lebar 1,746 mm, ia lebih besar dalam setiap aspek berbanding Grand Carnival generasi YP dahulu.

Juga baca: Rebiu: Kia Grand Carnival 2.2D 11 tempat duduk. Besar, selesa dan berkuasa!

Roda 18-inci (satu-satunya pilihan untuk Malaysia) nampak seksi, terutamanya dengan brek cakera besar mengintip di belakangnya

Mungkin ada yang menganggap saingan utama kereta itu di Malaysia ialah Maxus G10 dan Hyundai Grand Starex (kedua-duanya berharga dari RM 166k), tetapi kedua-duanya mempunyai asas sebagai sebuah van komersial, justeru sifatnya sedikit "kasar". Ini sama sekali tidak sepadan dengan apa yang ditawarkan Carnival.

Carnival menyasarkan taktik yang berbeza: ia lebih sesuai untuk keluarga, dan bukan hanya kerana ayah membawa pulang kereta syarikat balik untuk hujung minggu.

Kia telah mempamerkan penampilannya dengan begitu cemerlang, menunjukkan bahawa MPV tidak semestinya perlu mengikut bentuk kotak yang membosankan.

Tiang-C bercorak membantu dalam mengurangkan penjanaan pusaran belakang

Daripada rupa depan yang mencolok mata, kepingan krom bertekstur pada tiang C, sorotan perak di sana sini, dan ke lampu ekor ala-ala mata Robocop, ia merupakan reka bentuk yang meleleh (serta berfungsi).

Perhatikan coretan dan bibir pada foto pertama dan kedua masing-masing

Cermin sisi mempunyai sedikit bibir di bahagian bawah dan tiga coretan di sisi, kedua-duanya membantu dalam mengurangkan gangguan antara cermin dan aliran angin.

Di hadapan ia juga mempunyai sepasang tirai udara yang berfungsi, dan di bahagian belakang terdapat juga tiang-C bercorak. Di bawah kereta pula kebanyakannya agak rata, dan semua ini bekerja secara harmoni, menghasilkan perjalanan yang selesa dan tenang. Apa, korang ingat aerodinamik untuk kereta sportscar sahaja ke?

Interior dan kelengkapan: secukup rasa

Sama seperti di eksterior, Kia telah mereka semula bahagian interior Carnival ini dengan banyak sentuhan artistik, serta menaik taraf dari segi kualiti binaan, estetika dan ergonomik.

Warna hitam piano cantik, tetapi mudah kotor. Perhatikan penukar gear butang ala Jaguar!

Jalur logam bercorak (sama seperti tiang-C eksterior) melengkapkan kabin hitam dan coklat pelana, dan walaupun terdapat banyak plastik, tiada satu pun daripadanya terasa rapuh atau murah. Gabungan warna juga berfungsi; kerana kabin terasa lebih lapang daripada kabin gelap pendahulunya.

Juga baca: Kia Grand Carnival 2022 serba baharu dipertonton di Malaysia – pencabar Alphard tapi lagi premium!

Semestinya suasana dalaman boleh menjadi lebih baik jika Carnival untuk pasaran Malaysia dilengkapi dengan ciri dwi-skrin ala Mercedes-Benz seperti Carnival di pasaran antarabangasa. Apa-apa pun, gugusan instrumen analog mudah dilihat serta laju dan tidak lembab, termasuklah skrin infotainment berukuran 12.3-inci.

Kereta pasaran antarabangsa, tetapi port USB-A Carnival kami semuanya berada di tempat yang sama

Mengikut arah jam dari kiri atas: kawalan penyaman udara belakang, pengecasan USB/nirwayar, banyak penyelesaian storan dan butang satu sentuhan mudah untuk kawalan pintu gelangsar

Kami juga mendapati pengecas nirwayar dan berbilang port USB amat berguna, termasuk jumlah pemegang cawan yang banyak, ruang simpanan yang besar, kawalan penghawa dingin belakang dan fungsi 'pendekatan untuk membuka' pintu gelangsar dan but belakang.

Ruang: Amat praktikal untuk orang ramai

Bercakap mengenai pintu, Carnival mempunyai ruang yang amat luas kerana Kia menawarkan satu-satunya varian 11 tempat duduk di Malaysia. Susunannya ialah 2 tempat duduk di hadapan, diikuti oleh 3 baris 3 tempat duduk setiap satu.

Tempat duduk tengah terlalu rendah untuk merehatkan lengan anda dengan selesa

Tempat duduk tengah di barisan kedua dan ketiga boleh dilipat untuk mendapatkan lebih banyak pemegang cawan (atau dulang). Tetapi dalam kedudukan ini, ia terlalu rendah, dan anda tidak boleh merehatkan lengan anda dengan selesa.

Ruang untuk anda berjalan ke depan dan belakang

Walau bagaimanapun, ini juga boleh ditolak ke tepi untuk membolehkan penumpang berjalan masuk dan keluar dari beberapa baris terakhir.

Ketinggian kereta yang rendah juga bermakna ia sesuai untuk kanak-kanak kecil dan ahli keluarga warga emas untuk melangkah masuk/keluar dengan bantuan yang minimum.

Juga baca: Tempahan 2022 Kia Carnival dibuka - 2.2L turbodiesel, MPV 11-penumpang, pelancaran minggu ini

Tempat duduk pemandu dilaraskan kepada kedudukan pemanduan purata,​​​​​​dan tinggi saya adalah 170 cm

Di baris kedua dan ketiga, tiga orang dewasa boleh muat dengan selesa dan semua kecuali baris keempat mendapat ruang kepala dan kaki yang sangat baik.

Barisan terakhir terasa seperti belakang kereta dua pintu. Ia adalah mustahil untuk orang dewasa duduk dengan selesa (melainkan anda benci orang tersebut), jadi ia lebih sesuai untuk kanak-kanak.

Atau anda boleh menyimpan bangku itu untuk mendapatkan ruang but yang boleh digunakan. Malangnya, dua baris lain di hadapannya tidak boleh disimpan secara kreatif, kecuali melipatnya ke bawah dan menolaknya ke hadapan untuk menambah sedikit ruang tambahan.

Tempat duduk berkuasa hanya milik pemandu dan penumpang hadapan

Walaupun tempat duduk kulit itu sendiri cukup sedap untuk diduduki dengan bahan bernafas dan sokongan yang lembut - ia agak asas kerana setiap kawalan adalah manual dan tidak dilengkapi dengan sebarang bentuk pemanasan atau pengudaraan.

Prestasi: Amat stabil dan jimat minyak

Secara amnya, MPV biasanya kurang memuaskan dalam bab kawalan dan pengendalian dengan bentuk seperti batu bata, berat, dan panjang. Tetapi Carnival terasa amat berbeza kerana ia mempunyai keupayaan untuk membawa pasukan bola sepak dengan pengendalian yang mantap.

Pengalih dayung adalah standard, begitu juga dengan empat mod pemanduan: Normal, Eco, Sport, Smart

Peminat K-car (bukan Kei car ya) pasti terbiasa dengan enjin turbodiesel Smartstream 2.2 liter Carnival (199 PS/440 Nm) kerana ia adalah unit yang sama yang terdapat dalam Hyundai Santa Fe, Hyundai Palisade, dan rakan platform N3, Hyundai Staria.

Ia secara tradisinya adalah diesel dengan bunyi yang biasa dikaitkan dengannya, tetapi jangan menyangka enjin ini sama seperti enjin diesel dalam kenderaan komersial. Enjin Smartstream ini agak senyap, responsif, dan terasa begitu lancar.

Juga baca: Hyundai Palisade 2022 dilancarkan dari RM 329k - enjin 3.8L, 8-penumpang, 'bos' nak SUV Korea?

Tork 440 Nm membolehkan pecutan 'point-and-shoot' pantas untuk memotong dengan mudah, dan trenkuasa berkrim itu menyaksikan MPV ini mencapai kelajuan yang pantas, menafikan berat 2 tannya. Sebahagian daripada itu boleh dikreditkan ke transmisi automatik 8-kelajuan yang sangat lancar, dengan penukaran gear selembut sutera.

Apa yang membuatkan Carnival ini lebih menarik adalah betapa jimatnya penggunaan bahan api. Pada penghujung perjalanan pergi balik Glenmarie-Ipoh sejauh 417 km, Carnival mengembalikan 9.1 liter/100 km, dan kami juga tidaklah memandu dengan efisyen (kelajuan yang tinggi, banyak melahu untuk foto dan video).

Sebahagian daripada penalaan suspensi belakang Kia melibatkan perubahan sudut 'spring' dan pemegang 'lower arm' yang lebih baik dan , menggunakan 'lower arm' yang lebih panjang dan mengurangkan sudut pemegang penyerap hentakan

Stereng terasa ringan pada kelajuan rendah tetapi menjadi semakin berat apabila anda memandu dengan lebih laju. Ini amat dialu-alukan kerana ia membantu kebolehgerakan dan menambah keyakinan dalam kedua-dua situasi.

Secara keseluruhannya, Carnival adalah MPV dengan pemanduan yang baik, amat stabil pada kelajuan tinggi tidak kisahlah kualiti jalan yang dilalui, dilengkapi penebat bunyi di tahap tertinggi, penghalusan menyeluruh dan jimat bahan api.

Tidak sukar untuk kita membayangkannya sebagai sebuah MPV yang hebat untuk perjalanan ke Langkah Sheraton mana-mana jarak terutamanya jauh dengan kerap.

Kesimpulan: Ia tidak sempurna, tetapi sangat menarik

Kamera 360 darjah mengeluarkan visual yang sebening kristal, satu kelebihan apabila meletak kereta di ruang sempit

Tidak semuanya sempurna, dan Carnival sememangnya tidak: ia tidak dilengkapi ciri bantuan pemandu lanjutan (ADAS, walaupun terdapat 6 beg udara, dan monitor titik buta dengan amaran lalu lintas belakang), dan ada yang berpendapat bahawa kekurangan pemanas/tempat duduk berventilasi dan kluster instrumen digital menjadikan kereta berspesifikasikan Malaysia itu sedikit potong stim.

Tetapi apa yang ada padanya ialah kedudukannya yang unik dalam alam MPV, menggabungkan ruang yang besar, kecekapan, dan dinamik pemanduan yang mengagumkan yang tidak dilihat dalam mana-mana pesaingnya yang 'recon' atau baharu.

Nampaknya, serangan Kia Dinamikjaya Motors di sini bermula dengan rentak yang sangat meyakinkan, dan lebih baik untuk mengetahui bahawa ia hanyalah permulaan rancangan bercita-cita tinggi mereka untuk Malaysia. Buat masa ini, Malaysi mempunyai Carnival, sebuah MPV keluarga yang sangat baik tanpa sebarang kecacatan besar yang menjadikan tanda harga sekitar RM 200k kelihatan amat berbaloi.

Juga baca: Kia Carnival, Sportage, Sorento & Niro baru akan masuk Malaysia sekali EV, CKD seawal April 2022

    Channel:
Ikuti laman sosial kami:

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys d...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Kia Carnival

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2022 CKD Kia Carnival 7-Seater Review in Malaysia, Worth Every Single One of Its RM260k

2022 Kia Carnival 2.2D Review in Malaysia, Better Family MPV than Alphard/Vellfire

2020 Kia Grand Carnival Rebiu di Malaysia, Besar & Best dari Toyota Alphard/Vellfire?!

2020 Kia Grand Carnival 11-seater 2.2D Closer Look in Malaysia, Can It Really Fit 11??

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Kia Carnival
Cek Lebih