Rebiu: Nissan Serena MPV yang bagus, tapi ada pilihan lain yang lebih baik

Pendapat kurang popular: SUV 7-tempat duduk adalah pilihan yang sangat teruk untuk membawa 7 orang dewasa. Pernah tak cuba nak masuk ke tempat duduk barisan ketiga dalam SUV? Tapi dalam Nissan Serena, ia terasa seperti melangkah masuk ke dalam sebuah bilik.

Serena yang anda boleh lihat di sini dipadatkan dengan pakej penggayaan J Impul pilihan, yang menaikkan harganya kepada RM 149,888. Jika tidak, harganya adalah:

  • Highway Star: RM 132,888
  • Premium Highway Star (Satu tona hitam): RM 142,888
  • Premium Highway Star (Warna dwi-tona): RM 144,888
  • J Impul Premium Highway Star (Satu tona hitam): RM 147,888
  • J Impul Premium Highway Star (Warna dwi-tona): RM 149,888

Tempat duduk berlapik kulit (hitam atau coklat) tidak boleh didapati pada varian Highway Star tetapi ia adalah pilihan berharga RM 3,435. Sistem hiburan di belakang dipasang pada atap bersaiz 10.1 inci (RM 701) serta perakam video dipasang-dalam (RM 972) juga boleh didapati.

Luaran – bentuk berkotak terbaik untuk membawa ramai penumpang

Orang tak beli Serena untuk gaya, tapi Serena hanya boleh jadi sepraktikal ini jika ia berbentuk seperti kotak.

Pakej J Impul pilihan menambah tayar Impul 18 inci, spoiler bibir hadapan dan belakang, serta tempat duduk kulit bercorak ‘quilt’ warna mocha brown pada kereta anda.

Kualiti binaannya bagus. Ketebalan cat agak konsisten (sekitar 100 mikrometer) manakala jurang panel tidak lebih 1 mm dari sisi bertentangan.

Dalaman – di sinilah keistimewaannya menyerlah

Semua kekurangan Serena boleh ditebus semula apabila anda masuk ke dalam kereta ini.

Jika dibandingkan dengan SUV, atau mana-mana kereta yang ada pintu berengsel konvensional, pintu gelongsor Serena sangat-sangat berguna terutama sekali bagi ibu bapa dengan anak kecil.

Satu senario biasa untuk mana-mana ibu bapa di luar sana: Anda sedang mengendong anak dengan sebelah tangan, manakala beg anak (penuh mainan, susu, lampin) dikendong di sebelah lagi.

Pintu gelongsor lawan pintu berengsel – yang kedua akan jadi lagi sempit jika ada kereta parkir di sebelahnya.

Pada kereta biasa dengan pintu berengsel, anda perlu mencapai pemegang pintu, gunakan mana-mana bahagian badan anda untuk membuka pintu kereta seluasnya sebelum cuba untuk masuk ke dalam kereta melalui ruang bukaan yang sempit.

Dengan Serena, anda cuma perlu tendang sikit pintunya dan ia pun terbuka macam magik, dengan bukaan yang sangat luas dimana anda boleh masuk dengan senang sambil mengendong anak dan membawa barang. Anda juga boleh meletakkan anak anda ke dalam tempat duduk kanak-kanak dengan mudah sambil berdiri di luar kereta.

Banyak ruang untuk tuala basah bayi

Pintu gelongsor yang memudahkan pergerakan keluar masuk penumpang adalah sebab paling besar bagi mereka yang mempertimbangkan Serena. Tak perlu bersusah payah sampai sakit-sakit badan.

Bukaan pintu pun cukup luas untuk baringkan anak anda dan menukar lampinnya sambil anda berdiri di luar pintu kereta.

Ketinggiannya yang rendah juga membolehkan anak anda untuk keluar masuk kereta tanpa bantuan. Ia juga amat sesuai untuk ahli keluarga anda yang berumur.

Tempat duduk persendirian di barisan tengah (juga dipanggil tempat duduk kapten) boleh dilaraskan ke kiri dan ke kanan, bukan saja ke depan atau belakang seperti kereta biasa. Anda boleh tolak kerusi supaya rapat antara satu sama lain atau asingkan untuk meluaskan laluan tengah supaya anda boleh berjalan ke depan dan belakang dengan mudah.

Anda masih perlu cukup cergas untuk berjalan melalui laluan ini

Memandangkan unit ini telah dipasang penuh dengan pakej J Impul, ia mempunyai corak ‘quilt’ yang berlainan dengan tempat duduk berlapik kulit warna mocha brown.

Mana-mana pakej yang anda pilih sekalipun, tempat duduk di barisan tengah dilengkapi dengan talam lipat (lengkap dengan pemegang botol yang stabil) dan semua tempat duduk boleh dilaras jaraknya serta sudutnya, ditambah lagi dengan port pengecas USB.

Tempat duduk barisan ketiga tidak dapat dilipat rata. Malah, anda perlu menerbalikkan kerusinya dan menarik talinya untuk melekatkannya ke sisi ruang kereta. Tapi, ia cukup ringan untuk dilakukan hanya dengan sebelah tangan. Ia juga ada ruang khas untuk menyimpan penahan kepala (headrest) tempat duduk tengah di dalam but.

Lantai but ada 2 tingkat, cukup ngam untuk menyimpan kasut dan menyembunyikan barang-barang berharga. Yang pastinya, dengan 7 penumpang dewasa, ruang bagasi tak cukup untuk semua orang. Tapi, dengan ruang but Serena dan semua tempat duduk dinaikkan, ia masih paling besar dalam banyak-banyak SUV 3 barisan tempat duduk.

Memandangkan Serena mempuyai badan yang tinggi, anda boleh maksimakan penggunaan ruang dengan menyusun beg bertindan ke atas.

Pintu belakang boleh dibuka dengan dua cara – samada hanya separuh bahagian atas (bagus untuk undur parkir), atau keseluruhan pintunya.

Ini saja membuatkan Serena jauh lebih praktikal berbanding SUV lain. Anda boleh cuba membuka pintu but belakang SUV apabila ia bertentang dengan kereta lain atau dinding dan anda boleh rasakan sendiri kenapa Serena adalah kereta yang bagus untuk keluarga walau hanya kerana aspek kecil ini.

Membuka pintu belakang dalam ruang yang sempit adalah masalah biasa bagi kebanyakan MPV dan SUV – tapi bukan bagi Serena.

Sebab mengapa tak banyak kereta tiada pintu belakang yang boleh dibuka separuh-separuh adalah kerana masalah kos dan kerumitan penghasilan.

Jika ada benda nak dirungutkan tentang ruang dalaman Serena, ia adalah sistem infotainmennya. Unit kepala 6.75 incinya cukup baik. Walaupun tidak berapa responsif tapi sekurang-kurangnya ia ada Android Auto/Apple CarPlay.

Masalahnya di sini ialah tiada punat pada sterengnya untuk kawalan sistem infotainmen ini. Satu lagi adalah berkaitan kamera parkir 360-darjahnya. Ia dipaparkan pada skrin kecil di satu sudut pada panel instrumen dan bukannya pada skrin infotainmen.

Banyak butang itu ini, tapi satu pun tak kawal audio

Sebabnya adalah unit kepala Clarion yang bersumberkan tempatan tidak diintegrasikan sepenuhnya dengan kereta.

Kena kecikkan mata sikit kalau nak tengok paparan kamera undur betul-betul

Pengalaman pemanduan – biasa-biasa je..

Anda ingat apa, nak pandu Serena sebab nak ‘handling’ yang padu? Mestilah tak.

Ia adalah MPV 7-tempat duduk yang tinggi dan pengendaliannya macam bas. Anda duduk tinggi dari tanah, dikelilingi cermin besar – dah macam duduk dalam akuarium besar.

Jika anda nak tahu, ia memecut dari 0 – 100 km/jam dalam 14.1 saat, 100 – 0 km/jam dalam 18.5 saat, dan berhenti dalam jarak 48.9 meter.

Yang menariknya, sifat pemanduan malasnya tidak terasa janggal. Ia cukup selesa, hilang segala penat dari memandu kereta sports anda. Lain kereta, lain tujuannya.

Posisi pemanduan terasa seperti duduk di atas sofa

Serena mempunyai kebolehan untuk membuatkan anda rasa tenang dan malas. Rasa macam nak meluncur di jalan, pegang stereng sebelah tangan – cukup relax. Tapi kena sentiasa hati-hati dan fokus pada pemanduan, ya.

Walaupun badan kereta ini besar, ia cukup mudah untuk diparkir. Dengan radius pusingan 5.5 meter, Serena boleh dipusing lebih ketat berbanding Honda Civic (5.9 meter untuk varian TC-P, 5.7 meter untuk yang lain). Susah nak percaya tapi ini kisah benar.

Seperti yang dikatakan tadi, kamera parkirnya yang kecil cukup menjengkelkan, tapi lama-kelamaan anda akan biasa dengannya kerana kereta ini berbentuk seperti kotak. Oleh itu, agak mudah untuk anda jangkakan sudut kereta, ditambah pula dengan pandangan keluar yang sangat bagus.

S-Hybrid ini bukanlah bermaksud hibrid betul-betul. Nissan mengambil tafsiran yang sangat liberal dengan definisi hibrid. Ya, Serena ada dua bateri dan satu motor, tapi ini tidak bermaksud ia berfungsi seperti Honda HR-V Hybrid.

Bateri kedua Serena S-Hybrid bukanlah bateri hibrid. Ia hanya bateri 12V ‘deep cycle discharge’ yang biasa digunakan oleh semua kereta yang dilengkapi ‘idle-start stop’. Ia berharga RM 800 – 900 untuk diganti.

Motor elektriknya tidak memacu roda. Eco-Motor hanyalah alternator yang lebih berkuasa sedikit yang memulihkan tenaga apabila kereta meluncur tanpa pacuan. Ia adalah fungsi pemulihan tenaga, anda jangan keliru pula dengan sistem brek penjanaan semula (regenerative braking system) hibrid yang betul. Ia memberhentikan kereta seperti biasa tanpa sebarang kelebihan.

Eco Motornya juga berfungsi sebagai motor pemula, menjana bantuan tork 48 Nm pada crankshaft (melalui ‘belt pulley’) bagi 1 saat ketika permulaan pegun.

Start-stop’ enjinnya agak tersentak-sentak, adalah lebih bagus jika ditutup saja.

Enjinnya bising apabila dipacu keras, tapi anda laju-laju nak ke mana dengan kereta tinggi sebegini?

Keselesaan perjalanan – ruang rehat bergerak

Kualiti perjalanan cukup bagus walaupun kereta tak penuh. Ini penting kerana kebanyakan MPV mempunyai keselesaan perjalanan yang berbeza bergantung pada berat kapasiti kereta.

Walaubagaimanapun, Serena mampu mengekalkan keseimbangan antara keselesaan perjalanan dan beban penumpang dengan baik.

Sistem hiburan belakang adalah tambahan ekstra

Walaubagaimanapun, tempat duduknya lembut dan tidak memberikan begitu banyak sokongan. Kualiti kemasan kulitnya juga biasa-biasa saja. Sokongan peha agak kurang tapi ia terasa seperti sofa di rumah. Serena menawarkan anda keselesaan seperti rumah sendiri – tak mewah mana tapi cukup selesa.

Apabila anda dah biasa dengan pelarasan tempat duduk individu dan tabnya, ia adalah MPV yang sangat-sangat praktikal untuk membawa 7 penumpang dengan mudah dan selesa.

Semua orang boleh keluar dan masuk dari kereta tanpa sebarang bantuan daripada pemandu. Sebagai contoh, penumpang di barisan ketiga boleh mengawal pintu gelongsor berkuasa menggunakan suis yang ada pada panel sisinya. Ia juga ada suis kaki untuk menolak barisan tempat duduk tengah ke tengah untuk keluar kereta dengan mudah.

Penghawa dinginnya mencukupi dan semua orang akan dapat salur udaranya sendiri. Pemandu boleh mengawal penghawa dingin belakang dari depan.

Ketiga-tiga barisan diberi ruang kaki, bahu dan kepala yang luas.

Serena S-Hybrid paling seronok dipandu sekitar 100 km/jam. Lebih dari itu, ia akan jadi terlalu bising. Meter dB kami merekodkan sekitar 70.5 dB pada 110 km/jam – lebih tinggi berbanding Toyota Vios (69 dB).

Penggunaan petrol – tak cemerlang tapi cukup bagus

Kami anggarkan antara 8.4 liter/100 km di lebuhraya dan dalam 10.5 liter/100 km di bandar, dengan 7 orang dewasa dibawa.

Ia cukup bagus tapi masih lagi dalam jangkaan bagi kereta dengan saiz dan kapasiti sebegini.

Kesimpulannya – ada pilihan lain yang lebih bagus?

Nissan Serena bukanlah kereta yang anda beli sebagai ‘reward’ untuk diri anda sendiri. Ia adalah satu keperluan, bukan kemahuan.

Jika ‘mengangkut’ penumpang yang ramai adalah satu kepentingan bagi anda, lupakan SUV. Walaupun namanya bermaksud “sports utility vehicle”, ‘utility’ (kegunaan) sangat kurang.

SUV agak susah bagi kanak-kanak dan orang tua untuk keluar masuk kereta kerana ketinggiannya antara pintu dengan tanah. Walaupun dari luar ia tampak besar, ruang dalaman SUV tidaklah begitu luas. Tayarnya yang besar mahal untuk diganti dan kos petrolnya agak tinggi. Lantai butnya yang tinggi juga menyukarkan keluar masuk bagasi dan barang.

SUV 7 tempat duduk lagilah tak masuk akal. Selalunya, tempat duduk barisan ketiga langsung tak berguna. Walaupun ia boleh memuatkan seorang dua orang dewasa, masih susah bagi mereka untuk keluar dan masuk kereta.

Serena bukanlah MPV yang betul-betul sempurna. Ia tiada kawalan audio pada stereng dan skrin paparan kamera undurnya agak kecil. Walaupun ia lebih kurang sama dengan Toyota Alphard ‘recond’ yang murah (tapi kos penjagaan tinggi), ada beberapa kereta lain lagi yang boleh menyaingi kepraktisan Serena.

 

    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, ...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Nissan Serena S-Hybrid

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

Taking Time Off in the 2022 Nissan Serena Facelift, Check Out How Practical this MPV is!

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Nissan Serena S-Hybrid
Cek Lebih