Honda
Honda Civic is such a big hit recently. Some of my friends and collegues buy it. What's your opnions?
75
Sebagai salah satu langkah Honda untuk mengelektrifikasikan barisan model mereka, Honda Civic Hybrid e:HEV telah mula diperkenalkan ke serata dunia.
Civic yang dielektrifikasi ini membuat debut global di Thailand (sedan) dan Eropah (hatchback) kira-kira sebulan yang lalu.
Destinasi seterusnya pula adalah Jepun di mana ia akan hadir sebagai hatchback sahaja. Jualan di tanah air sendiri itu akan bermula pada bulan Julai dengan harga yang bakal diumum kemudian.
Sama seperti di Eropah dan Thailand, Civic Hatchback Hybrid e:HEV di Jepun turut menggunakan enjin 2.0L berkitaran Atkinson dengan gandingan dua motor elektrik. Setakat ini, Honda belum mendedahkan output rasmi untuk pasaran Jepun tetapi debut Thailand dan Eropah baru-baru ini menunjukkan bahawa trenkuasa tersebut menghasilkan 184 PS dan 315 Nm tork.
Dari segi teknikal, hembusan kuasa sebanyak itu dihantar ke roda depan melalui transmisi eCVT. Walau bagaimanapun, ia bukanlah CVT konvensional kerana semua model Honda yang berenjin i-MMD tidak menggunakan kotak gear. Mengenai trenkuasa ini, kuasa dihantar hampir sepanjang masa melalui motor elektrik.
Di Jepun, Civic Hatchback Hybrid e:HEV dilengkapkan standard dengan ciri:
Pilihan warna untuk pasaran Jepun termasuklah Platinum White Pearl, Crystal Black Pearl, Sonic Gray Pearl, Premium Crystal Red Metallic dan Premium Crystal Blue Metallic.
Bekas CEO Honda Malaysia, Madoka Chujo pernah mengulas bahawa Honda Malaysia berancang untuk mengembangkan lagi barisan model hibrid dan Civic adalah antara calon bagi pembangunan hibrid di masa hadapan. Namun kata beliau juga, “Maklumat terperinci berkenaan hal ini akan diumum apabila tiba masanya.”
Apapun selepas pelancaran hibrid e:HEV versi RS buat City dan City Hatchback dibuat, hampir jelas bahawa model yang bakal diusahakan seterusnya adalah Civic.
Jentera ini mungkin dilancarkan di Malaysia pada akhir tahun 2022.
Juga baca: Selepas Thailand, Malaysia akan melancarkan CKD 2022 Honda Civic Hybrid (FE) hujung tahun ini!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
11