Honda CR-V generasi sekarang telah beransur sejak tahun 2016 lagi dan kini, ia sudah masuk usia 6 tahun. Jadi, model baharu pasti sedang giat dibangunkan oleh Honda.
Menariknya, anda tidak perlu tunggu lama untuk tahu bagaimana rupa parasnya nanti kerana sebentar tadi, ia sudahpun terdedah, iaitu di China.
Sekali pandang, ia betul-betul nampak macam SUV Volvo. Kalau anda perasan, cermin sisinya telah diubah ke panel pintu.
Pada bahagian belakang, CR-V generasi baharu nampaknya kekal dengan reka bentuk lampu menegak. Cumanya kali ini, ia tampil dengan sentuhan lampu melintang yang menghubungkan kedua-dua lampu belakang.
Menurut laporan Autohome, Honda CR-V serba baharu berukuran 4,703 mm panjang (+80 mm), 1,866 mm lebar (+11 mm) dan 1,680 mm tinggi (+1 mm). Jarak rodanya pula adalah sebanyak 2,701 mm (+41 mm).
Dari segi trenkuasa, Autohome mengatakan bahawa CR-V generasi keenam ini akan beransur dengan enjin 1.5L turbo.
Untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai legenda SUV segmen C ini, nantikan perkembangan lanjut daripada kami.
Juga baca: Spyshot: Gambar paten Honda CR-V generasi baharu tertiris - rekaan lebih kemas dan matang!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}