Penyejuk enjin: Tip penjagaan bagi sistem penyejukan kereta anda

Berada di bawah panas terik boleh membuatkan anda rasa pening, lemas, jantung berdegup laju, dan boleh menyebabkan kematian. Terperangkap di dalam kereta panas boleh menyebabkan maut pada orang dewasa dalam masa hanya 1 jam. Sama seperti manusia, enjin kereta juga boleh rosak teruk jika ia terus-terusan berfungsi dalam keadaan panas berlebihan.

Enjin boleh mengecut, mengembang, berubah bentuk atau retak apabila ia terlalu panas. Kepanasan melampau sememangnya tidak elok untuk kesihatan enjin anda. Untuk mengekalkan tahap suhu yang ideal, kereta dilengkapkan dengan sistem penyejukannya sendiri. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa langkah penjagaan yang berguna dan mudah untuk sistem penyejukan kereta anda.

Kereta dengan pemanas mempunyai sistem pemanas yang disambung dengan sistem penyejukan enjin. Gambar: cars.com

Sistem penyejukan enjin kereta beroperasi dengan konsep pemindahan haba yang sangat ringkas. Konsep pemindahan haba ini juga boleh ditemui di dalam sistem penghawa dingin, peti sejuk, ataupun ‘gaming PC’ yang disejukkan dengan air. Bagi memastikan sistem penyejukan anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik, elok juga bagi anda untuk mengenali komponen-komponen dalam sistem tersebut.

Komponen utama dalam sistem penyejukan termasuklah:

  • Penyejuk / ‘coolant’
  • Pam air
  • Radiator
  • Kipas radiator (termasuk ‘relay’ dan termostat)

Jom kenali komponen-komponen ini satu persatu supaya kita faham bagaimana ia berfungsi dan tahu bagaimana untuk mengesan masalah di kemudian hari.

1. Cecair penyejuk / ‘coolant’

Apabila anda buka hud kereta, anda akan nampak satu penutup kecil dengan stiker amaran yang mengingatkan anda untuk tidak membukanya ketika panas. Sila patuh dengan arahan ini dan jangan buka ketika enjin panas atau berasap. Ini namanya penutup radiator (‘radiator cap’). Selain daripada ini, anda juga akan ternampak tangki simpanan radiator. Tangki ini berisi cecair penyejuk. Penyejuk ini mengeluarkan haba daripada enjin, disejukkan oleh radiator dan ia akan berkitar semula ke enjin.

Berapa lama selang-masa penukaran cecair penyejuk?

Bagi Perodua Bezza; 40,000 km atau 24 bulan. Ia bergantung kepada model kereta anda. Tapi, secara umumnya, penyejuk radiator harus ditukar dalam jangkamasa ini.

Apakah masalah yang boleh dihadapi cecair penyejuk?

Penyejuk boleh bertukar menjadi lebih berasid dan boleh menghakis komponen lain jika dibiarkan saja tanpa servis. Memandangkan penyejuk bergerak melalui seluruh sistem penyejuk kereta, ini akan menyebabkan hakisan pada radiator, pam air, termostat, penutup radiator, hos, dan lain-lain bahagian yang ada pada sistem penyejuk tersebut. Cecair penyejuk yang telah bertukar warna kepada warna coklat bermaksud karat telah menjangkiti sistem ini.

Penyejuk juga boleh bocor. Kebocoran yang ketara selalunya boleh dilihat dengan mata kasar. Tapi, cara lain untuk mengesan kebocoran juga adalah dengan melihat tahap cecair penyejuk ini di dalam tangki simpanan radiator. Kalau ada penurunan yang tidak sekata, kemungkinan ada kebocoran.

2. Pam air

Pam air berfungsi sebagai pengedar cecair penyejuk di dalam enjin. Pam air selalunya berfungsi dengan ‘belt’, tapi beberapa jenis kereta moden dilengkapi dengan pam air elektrik. Anda mungkin pernah dengar mekanik menyarankan anda untuk menukar pam air sekali apabila anda mahu menukar ‘timing belt’. Selang-masa penukarannya lebih kurang sama. Tambahan pula, pam air adalah komponen pakai-buang dan ini bermaksud anda harus gantikan dengan baru saja pada selang-masa yang disarankan.

Pendesak pam air boleh berkarat dan terhakis. Sumber gambar

Apakah masalah yang boleh dihadapi pam air?

Bahagian dalam pam air ini ada pendesak yang diperbuat daripada plastik atau besi. Jika ia plastik, ia boleh patah. Jika ia besi, ia boleh terhakis hingga tiada bilah yang tinggal. Galas pam air juga boleh terjejas dan menghasilkan bunyi geseran. Jika anda kesan tanda-tanda pam air yang dah rosak, seeloknya tukar kepada yang baru saja. Lagipun, ia memang pakai-buang.

3. Radiator

Di dalam radiator inilah dimana cecair penyejuk yang panas disejukkan semula. Radiator diperbuat daripada sirip-sirip yang kecil yang meningkatkan luas kawasan permukaan bagi pelepasan haba.

Apakah masalah yang boleh dihadapi radiator?

Radiator yang retak

Ia boleh retak, tersumbat, atau bocor. Keretakan dan kebocoran boleh dikesan secara visual. Bagi mengesan sumbat pula, anda perlu lakukan ujian saliran dan lihat berapa pantas radiator boleh dikeringkan tanpa penyumbatnya. Saliran penyejuk yang turun perlahan adalah tanda radiator tersumbat.

4. Kipas radiator

Kipas radiator bermotor

Kipas radiator meniupkan angin kepada radiator tersebut. Beberapa enjin pacuan belakang mempunyai kipas radiator yang menggunakan ‘belt’ dan ini mempunyai masalahnya yang tersendiri. Kebanyakan kereta di Malaysia adalah pacuan roda hadapan dan mempunyai konfigurasi enjin melintang. Oleh itu, kipas radiator kita selalunya bermotor.

Beberapa enjin pacuan belakang dilengkapi dengan kipas yang berfungsi dengan ‘belt’. Gambar: liveabout.com

Apakah masalah yang boleh dihadapi kipas radiator?

Motor elektriknya boleh gagal dan kipasnya akan berhenti berpusing. Ini bermaksud tiada angin ditiup pada radiator. Jika kereta anda menggunakan satu kipas sahaja untuk radiator dan sistem penghawa dingin, anda mungkin boleh mengesan masalah ini apabila penghawa dingin anda dah kurang sejuk.

Perodua Bezza tiada tolok suhu air. Hanya ada lampu amaran untuk menunjukkan tahap suhu enjin. Ini satu kekurangan yang kami tak suka.

Selain daripada itu, anda juga mungkin akan lihat peningkatan pada suhu air jika kipas ini rosak. Apabila ini terjadi, cepat-cepat tutup enjin untuk mengelakkan perkara lebih buruk terjadi.

Kluster tolok pada Proton Persona mempunyai tolok suhu air. Gambar: kensomuse

Satu perkara yang boleh terjadi dan buat panas hati ialah apabila ‘relay’ atau termostat kipas radiator gagal berfungsi. Inilah komponen yang mengawal pemasangan dan penutupan kipas radiator. Apabila komponen ini gagal berfungsi, kipas radiator tidak akan terpasang bila diperlukan. Pastikan anda ganti komponen ini dengan alat-ganti yang tulen lagi asli bagi memastikan pemanduan yang selamat.

Kepala enjin yang retak. Gambar: enginebuildermag.com

Secara ringkasnya, ada 4 komponen utama pada sistem penyejuk enjin yang anda boleh periksa sendiri. Tanya pendapat orang yang pakar sebelum anda nak ‘DIY’ apa-apa. Anda juga boleh periksa hos untuk mengesan kerosakan atau kebocoran. Jika anda bercadang untuk membuat perjalanan jauh, pastikan yang sistem penyejukan kereta anda berada dalam keadaan sempurna. Jika anda rasa ragu-ragu, tutup saja enjin kereta dan minta nasihat pakar. Enjin rosak disebabkan oleh kegagalan sistem penyejuk bukanlah satu pengalaman yang menyeronokkan.

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, ...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Mazda CX-5

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model