window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kenapa anda tak patut buka penutup radiator apabila enjin terlebih panas?

Mersita · Jul 27, 2020 10:30 AM

Kenapa anda tak patut buka penutup radiator apabila enjin terlebih panas? 01

Pasti ada yang pernah tersekat dalam keadaan enjin kereta ‘overheat’ dan tersadai di tepi jalan dengan enjin yang berasap. Ada juga yang kurang arif tentang perkara yang patut dilakukan jika ini berlaku. Keluar dari kereta, buka penutup enjin, nampak ada benda berasap-asap, lagi nak pegang dan cuba buka, kan…

Dalam satu video yang tular baru-baru ini, beberapa lelaki dilihat sedang mencuba untuk membuka penutup radiator yang terang lagi jelas berasap panas. Mereka berjaya membuka penutup tersebut dan apa yang mereka dapat? Air panas memancut keluar dari bukaan radiator dan buat keadaan jadi huru-hara.

Sepatutnya, mereka hanya perlu parkir di sisi jalan yang selamat dan matikan enjin. Ya, anda boleh buka penutup but enjin untuk biarkan udara panas keluar dan biarkan angin yang lebih sejuk untuk beredar melalui enjin yang panas tersebut. Anda juga boleh tuang air sejuk sekitar badan radiator tersebut untuk menyejukkan komponennya dengan lebih cepat (tapi perlulah dilakukan dengan cermat dan berhati-hati).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kenapa anda tak patut buka penutup radiator apabila enjin terlebih panas? 01

Dah tulis terang-terang, pergi buka juga kan...

Apa yang menyebabkannya terlebih panas?

Asbab air yang memancut keluar tersebut ialah kerana enjin kereta kita menggunakan sistem penyejukan bertekanan ('pressurised cooling system') bagi kecekapan dan prestasi yang lebih baik. Penutup radiator di dalam pelbagai jenis kenderaan berfungsi sebagai injap untuk mengawal aliran penyejuk ('coolant') antara radiator dan bekas penyimpanannya.

Seperti yang anda boleh lihat di dalam video di atas, lelaki tersebut terkena pancuran air panas dari radiator kereta tersebut dan beliau dapat lecur yang teruk. Marilah jadikan ini satu teladan untuk mengingatkan kita tentang perkara yang patut dan tidak patut dilakukan apabila kereta berdepan dengan masalah.

Kenapa anda tak patut buka penutup radiator apabila enjin terlebih panas? 02

Jika anda nampak lampu ini menyala, kekal tenang dan cubalah sedaya-upaya untuk berhenti di sisi jalan dengan selamat

Jika anda pernah tertanya-tanya kenapa enjin mengeluarkan cecair berwarna perang atau coklat, campuran ini sebenarnya ialah karat pada sistem enjin yang disebabkan oleh penggunaan air biasa sebagai penyejuk kereta.

Inilah sebabnya mengapa sesetengah orang mengambil langkah ekstra dengan menuang campuran penyejuk yang boleh dibeli di kedai-kedai kelengkapan kereta – juga dikenali sebagai ‘antifreeze’ – bagi mengelakkan kompaun dalam air biasa daripada menghakis sistem enjin kereta.

Faham dah? Sila berhati-hati dan jangan buka penutup radiator bila enjin masih panas!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda