window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2022 Wuling EV didedahkan - model baru untuk pasaran antarabangsa, jarak gerak 300km, harga mampu milik!

Haris ยท Jun 5, 2022 10:00 AM

2022 Wuling EV didedahkan - model baru untuk pasaran antarabangsa, jarak gerak 300km, harga mampu milik! 01

Indonesia tampak serius dengan pelaburan kenderaan elektriknya di negara itu. Hal ini disokong dengan kehadiran Wuling EV, kereta elektrik yang futuristik telah melakukan penampilan pertamanya di Indonesia. Untuk menunjukkan kemajuan mereka dalam sektor kenderaan elektrik, Wuling EV akan menjadi kenderaan rasmi sidang kemuncak G20 yang akan berlangsung di Bali akhir tahun ini.

Pada bulan Mac yang lalu, jenama Wuling telah mengumumkan hasratnya untuk memasang model EV tempatan berdasarkan platform kereta kecil GSEV. Antara model Wuling sangat popular dan dijangka menjadi model EV tempatan tersebut adalah Wuling Mini EV, Wuling E100 atau Wuling E300.

2022 Wuling EV didedahkan - model baru untuk pasaran antarabangsa, jarak gerak 300km, harga mampu milik! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walau bagaimanapun, Wuling nampaknya telah tampil dengan sebuah model baharu iaitu Wuling EV yang didakwa direka bentuk untuk pasaran antarabangsa. Ya, Wuling sudah membayangkan hasratnya untuk mengeksport Wuling EV ini ke negara lain.

Berdasarkan perancangan awal, 2022 Wuling EV ini dijangka akan dipasang (CKD) Indonesia. Ia kelihatan seperti kacukan antara Hyundai Staria dengan bentuk hadapan Wuling E100 dan belakang Wuling Mini EV. Bahagian hadapan mempunyai jalur DRL LED yang menghiasi dari hujung ke hujung, mengalir ke dalam dua garisan krom yang bersambung ke cermin sisi.

Baca: Wuling Hong Guang Mini EV dijual di Thailand – kereta elektrik terlaris di China, harga RM 49k je?

2022 Wuling EV didedahkan - model baru untuk pasaran antarabangsa, jarak gerak 300km, harga mampu milik! 01

Hasilnya, rekaan Wuling EV tampil futuristik dan moden. Kereta elektrik kompak itu juga didatangkan dengan tingkap kabin aero-craft yang meningkatkan lagi tema futuristik.

Buat masa ini, Wuling tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai EV tersebut mahupun bahagian dalaman. Ini hanyalah pandang pertama bagi mereka yang berminat mengenai model EV dan imej acah akan terus dipromosikan menjelang pelancaran rasminya akhir tahun ini.

2022 Wuling EV didedahkan - model baru untuk pasaran antarabangsa, jarak gerak 300km, harga mampu milik! 02

Walau bagaimanapun, berdasarkan rekaan pengelap cermin, kami mengesyaki bahawa unit yang dipaparkan ialah versi pemanduan sebelah kanan. Maklumat awal mendapati bahawa mesin pemasangan kini dalam perjalanan dari China ke Indonesia.

Kereta elektrik itu masih dalam fasa pembangunan tetapi eksekutif daripada Wuling telah memberi bayangan bahawa EV itu akan mempunyai jarak gerak sekurang-kurangnya 200 hingga 300 km dan akan berfungsi seperti pengecas mudah alih seperti komputer riba dan perkakasan bervoltan rendah.

2022 Wuling EV didedahkan - model baru untuk pasaran antarabangsa, jarak gerak 300km, harga mampu milik! 03

Seperti yang dinyatakan, Wuling EV akan menjadi kenderaan rasmi untuk sidang kemuncak G20 yang akan berlangsung di Bali pada bulan November. Antara alasan mengapa EV itu dipilih untuk menjadi kenderaan rasmi bagi sidang kemuncak itu adalah untuk menunjukkan komitmen Indonesia terhadap objektif neutral karbon mereka.

Indonesia juga telah berubah daripada cukai kenderaan berasaskan kapasiti enjin seperti Malaysia kepada pengiraan berdasarkan pelepasan karbon.

Baca: Wuling Mini EV & E300, kereta EV harga Axia ini bakal tembus pasaran Indonesia seawal 2022!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia