Rakan media kami di Autofun telah melaporkan bahawa X-Trail generasi T32 sekarang telah digugurkan dari laman web Nissan Thailand. Laman web tersebut hanya menunjukkan 2 model SUV iaitu Nissan Kicks e-Power dan Nissan Terra.
Terdapat sumber yang memberitahu pihak Autofun bahawa setelah kempen diskaun besar besaran untuk model X-Trail pada bulan Mei, penjualan SUV ni terlajak laris hingga kehabisan stok!
Thailand dan Malaysia menerima Nissan X-Trail generasi T32 pada tempoh yang lebih kurang sama. Thailand menerima model tersebut pada Februari 2019 manakala Malaysia pada Mac 2019.
Model Nissan X-Trail generasi T33 pertama kali membuat penampilan dunia pada bulan Jun 2020 sebagai Nissan Rogue di US. Jika anda ingin mengetahui mengenai perbezaan Nissan X-Trail generasi lama atau generasi baharu, sila ikuti artikel perbandingan kami di sini.
Menurut Autofun, terdapat spekulasi bahawa Nissan X-Trail generasi T33 2021 mungkin akan tiba di Thailand pada awal atau akhir tahun 2021. Mungkin, generasi ini akan diterima oleh Malaysia lebih awal daripada yang kami jangkakan?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}