Honda City 2020 yang serba baru dilihat di Malaysia, menunjukkan bahawa Honda Malaysia akan melancarkan model yang dinanti-nantikan peminat lambang H ini lebih cepat daripada yang dijangkakan.
Rakan kami di Pandulaju baru-baru ini menyiarkan gambar Honda City serba baru di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), kemungkinan menjalani sesi penggambaran video. β
β Dari segi penampilannya, Honda City ini adalah varian RS kerana hanya varian ini sahaja datang dengan warna Ignite Red, roda aloi 16 inci, dan lip spoiler. β
β Walaupun Honda Malaysia telah mengeluarkan imej acah (dan melepaskan tembakan pedas ke Toyota Vios)imej acah (dan melepaskan tembakan pedas ke Toyota Vios) City yang serba baru di halaman Facebooknya, kita masih belum dapat dilihat enjin apa yang akan ditawarkan di Malaysia. β
βBergantung pada pasaran di mana Honda City serba baru dijual, ia datang dengan tiga pilihan enjin:
Sama ada kita menggunakan enjin 1.0 liter bercas turbo spesifikasi Thailand atau unit 1.5 liter DOHC yang dikemas kini seperti di Singapura, atau menggunakan semula enjin 1.5 liter SOHC 1.5 masih belum dapat dipastikan buat masa ini.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}