Seminggu selepas menggegarkan sosial media dengan hantaran model kereta baharu, Honda telah mengacah sebuah lagi imej lampu hadapan rekaan baru.
Semestinya, lampu hadapan baharu ini adalah daripada Honda City 2020 serba baharu yang telah dilancarkan di Thailand awal tahun ini. Mengikut spesifikasi Thailand, ini adalah lampu hadapan LED dengan rekaan serba baharu daripada Honda.
Model Honda City yang ada dalam pasaran Malaysia adalah model yang hadir pada tahun 2017. Namun begitu, umum mengetahui bahawa Honda City serba baru telah dikemaskini untuk pasaran antarabangsa baru baru ini.
Adakah Honda City bakal menggegarkan segmen B selepas takhtanya dirampas oleh Toyota Vios serba baru yang hadir pada tahun lepas? Nampaknya Honda bijak mengambil peluang dengan respons yang agak pantas selepas penawaran model baru Toyota.
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2022 Honda City 1.5V Sensing
Upgrade
Add your car
2017 Honda Civic TC VTEC Premium 1.5
2022 Honda Civic S i-VTEC 1.8
Komen