Ducati Multistrada V4 2021 baru sahaja dilancarkan di Eropah. Untuk generasi ke 4 Ducati Multistrada V4 2021 ini, ia bukan sekadar motosikal touring, ia adalah sebuah teknologi kejuruteraan yang andal.
Ducati Multistrada V4 2021 baru sahaja dilancarkan di Eropah. Untuk generasi ke 4 Ducati Multistrada V4 2021 ini, ia bukan sekadar motosikal touring, ia adalah sebuah teknologi kejuruteraan yang andal.
Apa yang terbaru pada Ducati Multistrada V4 2021? Ini 5 perkara yang anda perlu tahu mengenai hasil kejuruteraan terbaik Itali.
1. Ada radar depan belakang
Motosikal buatan daerah Borgo Panigale ini adalah motosikal pertama di dunia dengan radar di depan dan belakang. Fungsinya serupa dengan sistem ADAS pada kereta dan digelar sebagai Advanced Rider Assistance Systems (ARAS) oleh Ducati.
Sistem ARAS hadir dengan fungsi Adaptive Cruise Control (ACC) dan pengawasan titik buta. Ini fungsi yang paling ramai teruja untuk dicuba, pertama kali dilengkapi pada sebuah motosikal.
2. Enjin dari Ducati Panigale dan Ducati Streetfighter?
Mungkin ramai yang menjangkakan enjin Ducati Multistrada V4 2021 ini setaraf dengan superbike Ducati Panigale V4 tetapi ia tidak semudah itu. Ducati telah hanya mengambil inspirasi daripada 2 motosikal tersebut dan menala semula enjin tersebut supaya lebih ‘jinak’.
Enjin V4 Granturismo 1,158 cc tersebut mampu menjana sehingga 172 PS kuasa kuda dan 125 Nm tork. Walaupun kekuatan enjin bukan kelebihannya, Ducati mempunyai rahsia tersendiri untuk enjin ini.
3. Jarak penyelenggaraan lebih jauh
Jarang Ducati buat motosikal tanpa sebarang kelebihan yang andal. Sebagai sebuah motosikal touring, Ducati menjangkakan bahawa penggunaan Multistrada adalah lebih kepada perjalanan jarak jauh. Oleh yang demikian, enjin tersebut direka untuk mempunyai ketahanan yang lebih lama.
Hal ini juga bermakna, jarak penyelenggaraan meningkat. Ducati menyatakan bahawa sela jarak bagi pemeriksaan valve clearance dan penukaran spark plug adalah sebanyak 60,000 km manakala sela jarak penukaran minyak hitam adalah 12,000 km. Wow!
4. Sarat dengan teknologi
Antara ciri-ciri berteknologi tinggi pada Ducati Multistrada V4 2021 ini adalah
5. Pilihan jentera
Ducati Multistrada V4 hadir dengan pilihan berikut. Enjin tetap sama cuma perbezaan pada warna, sistem suspensi, fungsi tambahan dan saiz panel meter.
Varian | Ducati Multistrada V4 | Ducati Multistrada V4 S | Ducati Multistrada V4 S Sport |
Warna | Ducati Red dengan tayar berwarna hitam |
- Ducati Red dengan tayar berwarna hitam dan tag merah - Aviator Grey dengan tayar berwarna hitam dan tag merah |
Seragam sport dengan tayar berwarna hitam |
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2022 Perodua Alza 1.5 X
Upgrade
Add your car
2021 Proton Persona Standard 1.6
2017 Perodua Myvi Advance 1.5
Komen