window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Selepas isu tarik lesen bengkel motosikal, aktivis ini saran kerajaan haram kemasukan alat ganti ubahsuai pula

Khairil ยท Jul 25, 2022 12:00 PM

Selepas isu tarik lesen bengkel motosikal, aktivis ini saran kerajaan haram kemasukan alat ganti ubahsuai pula 01

Seorang pakar keselamatan jalan raya, minggu lalu mencipta kontroversi dengan menyuarakan pandangannya agar kerajaan menarik semula lesen perniagaan bengkel yang menjalankan khidmat mengubahsuai motosikal melebihi modifikasi ditetapkan, menurut laporan Sinar Harian.

Dalam laporan susulan pula, Sinar Harian melaporkan mengenai pandangan seorang aktivis yang mencadangkan agar kerajaan mengharamkan kemasukan alat ganti pengubahsuaian terhadap kenderaan dua roda itu dari luar negara ke dalam negara. 

Selepas isu tarik lesen bengkel motosikal, aktivis ini saran kerajaan haram kemasukan alat ganti ubahsuai pula 02

Gambar hiasan

Menurut aktivis Pengangkutan Darat Malaysia itu, cadangan yang diutarakan adalah untuk mengelakkan pemilik melakukan ubah suai terhadap motosikal mereka.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketua aktivis berkenaan, Kamarudin Mohd Hussain berkata, jika kerajaan tidak membenarkan pembekal membawa masuk alat ganti tersebut ke dalam negara, pemilik motosikal terutama anak muda tidak mungkin dapat mengubah suai kenderaan mereka.

Juga baca: Ubahsuai ekzos 'perang', motosikal 90 hingga 250 cc paling banyak disaman!

Selepas isu tarik lesen bengkel motosikal, aktivis ini saran kerajaan haram kemasukan alat ganti ubahsuai pula 01

Gambar hiasan

Katanya, tidak adil jika hanya pemilik kenderaan itu khususnya anak-anak muda sahaja yang dikenakan tindakan undang-undang kerana mengubah suai motosikal mereka sedangkan pembekal dibebaskan begitu sahaja.

Selepas isu tarik lesen bengkel motosikal, aktivis ini saran kerajaan haram kemasukan alat ganti ubahsuai pula 02

Gambar hiasan

"Jika benar kerajaan ingin menyelesaikan isu ini, lebih baik kerajaan memainkan peranan utama mereka mengharamkan kemasukkan alat-alat ganti pengubahsuaian dan bukannya menzalimi rakyat sendiri," katanya.

"Jangan hanya tahu menghukum, tetapi dalam masa yang sama kerajaan yang bertanggungjawab membenarkan alat-alat ganti pengubah suaian dibawa masuk dalam negara dijual kepada rakyat," katanya dalam laporan Sinar Harian, semalam.

Juga baca: Guna alasan keselamatan bapa pakai ekzos bising. Polis tak layan!

Selepas isu tarik lesen bengkel motosikal, aktivis ini saran kerajaan haram kemasukan alat ganti ubahsuai pula 03

Gambar hiasan

Sebelum itu, Profesor Madya Dr Law Teik Hu yang juga dikatakan sebagai pakar keselamatan jalan raya mencadangkan agar pemilik bengkel yang dikenal pasti menjalankan khidmat mengubah suai motosikal melebihi modifikasi ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu ditarik semula lesen perniagaan mereka.

Selepas isu tarik lesen bengkel motosikal, aktivis ini saran kerajaan haram kemasukan alat ganti ubahsuai pula 04

Gambar hiasan

Katanya modifikasi yang disarankan hanya melibatkan pengubahsuaian kecil atau pemasangan alat kelengkapan tambahan atau pemasangan aksesori yang tidak mengubah identiti dan tidak mengganggu ciri-ciri keselamatan kenderaan.

Juga baca: Ubah suai ekzos boleh tambah kelajuan motosikal? Tak logik langsung - Ketua Polis Negara

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda