window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ubah suai ekzos boleh tambah kelajuan motosikal? Tak logik langsung - Ketua Polis Negara

Khairil · Mar 24, 2021 09:00 AM

Ubah suai ekzos boleh tambah kelajuan motosikal? Tak logik langsung - Ketua Polis Negara 01

"Semata-mata kerana 'thrilled' (kepuasan dan keterujaan) oleh bunyi bising tersebut dan kepercayaan yang tidak logik dengan pengubahsuaian ekzos boleh meningkatkan kelajuan motosikal."

Itu antara intipati kata-kata Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam satu sidang media PDRM di Bukit Aman, hari ini mengenai operasi besar-besaran yang dijalankan pihak berkuasa bagi memburu pesalah pengubahsuaian motosikal terutama ekzos ketika ini.

Tan Sri Abdul Hamid berkata, kenyataan yang dibuatnya bagi menjawab kritikan dan tuduhan yang mendakwa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM tidak sensitif dengan melakukan operasi ketika rakyat sedang menghadapi tempoh yang sukar ketika ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ubah suai ekzos boleh tambah kelajuan motosikal? Tak logik langsung - Ketua Polis Negara 01

"Kerap dan banyak saya dapat aduan daripada orang ramai yang merayu supaya pihak polis dapat membuat sesuatu tentang bunyi bising (motosikal ini)," kata Tan Sri Abdul Hamid dalam sidang media berkenaan.

"Dan aduan ini datang dari kawasan perumahan, kos rendah, PPR bahawa keharmonian dan keamanan, ketenteraman untuk duduk di rumah diganggu oleh perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab yang membuat pengubahsuaian kepada ekzos semata-mata kerana 'thrilled' bunyi bising tersebut dan kepercayaan yang tidak logik yang pengubahsuaian kepada ekzos boleh meningkatkan kelajuan motosikal tersebut.

Ubah suai ekzos boleh tambah kelajuan motosikal? Tak logik langsung - Ketua Polis Negara 02

"Jadi saya sudah arahkan JSPT untuk menggandakan operasi dan jalankan operasi dan seperti saya sebutkan, 15 operasi sudah dijalankan dan timbul kritikan yang seperti saya cakapkan tadi."

Mengulas lanjut, Tan Sri Abdul Hamid berkata pihaknya bertuah apabila mendapat sokongan 'pakar' yang terdiri daripada bekas pelumba motosikal yang turut hadir pada sidang media berkenaan.

Ubah suai ekzos boleh tambah kelajuan motosikal? Tak logik langsung - Ketua Polis Negara 03

"Memang kuatlah sekiranya mereka berada bersama dengan saya di sini untuk memberikan testimoni yang mengatakan bahawa itu (pengubahsuaian ekzos dapat tingkatkan kelajuan motosikal) adalah salah."

Antara bekas pelumba motosikal negara yang hadir pada sidang media berkenaan adalah Wazi Abdul Hamid, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini dan Affendi Rosli.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda