window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Selepas debut di Thailand, kelibat MG HS 2022 facelift tiba di Indonesia, Malaysia tertinggal?

Faisal · Sep 2, 2022 07:00 PM

Selepas debut di Thailand, kelibat MG HS 2022 facelift tiba di Indonesia, Malaysia tertinggal? 01

MG HS merupakan antara model SUV segmen C buatan China yang berentap dengan pesaing seperti Honda CR-V, Nissan X-Trail dan Mazda CX-5. Menariknya, sambutan MG HS di Indonesia sangatlah memberangsangkan dan baru-baru ini, tertular satu samaran dari @hmm_autocare yang memperlihatkan MG HS facelift di tanah air mereka.

Selepas debut di Thailand, kelibat MG HS 2022 facelift tiba di Indonesia, Malaysia tertinggal? 02

MG HS facelift di pasaran Thailand.

Untuk makluman anda, model facelift ini telahpun diperkenalkan pada Mac yang lalu iaitu di pasaran Thailand. Di sana, MG HS facelift ditawarkan dengan enjin 1.5L turbo (162 PS, 250 Nm) yang dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan.

Selepas debut di Thailand, kelibat MG HS 2022 facelift tiba di Indonesia, Malaysia tertinggal? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain itu, MG HS Plug-in Hybrid juga ada yang mana enjin sama digabungkan dengan motor elektrik yang berkuasa 122 PS dan 230 Nm tork. Dengan penggunaan transmisi automatik 10 kelajuan, gabungan kuasa tersebut boleh mencecah 284 PS/480 Nm dan pecutan 0 – 100 km/j hanya mengambil masa 7.5 saat. Dalam mod EV, ia boleh dipandu sejauh 67 km.

Selepas debut di Thailand, kelibat MG HS 2022 facelift tiba di Indonesia, Malaysia tertinggal? 01

Bagi anda yang belum tahu, MG HS facelift tampil dengan perubahan eksterior yang drasik. Antaranya seperti reka bentuk roda dan gril depan yang kini mengikut model-model MG terkini seperti sedan MG 5. Bahagian lampu depan juga dimodenkan dengan teknologi Quad LED Projector. Lampu belakangnya pula diperbaharui dengan grafik ala nyalaan bar.

Juga bacaTan Chong lancar MG 5 2022 di pasaran Vietnam, saiz Honda Civic tapi pada harga Toyota Vios

Selepas debut di Thailand, kelibat MG HS 2022 facelift tiba di Indonesia, Malaysia tertinggal? 02

Pada bahagian dalam, ia kekal dengan kluster digital 12 inci tetapi apa yang baru adalah penawaran tema kombinasi warna biru dan putih.

Selepas debut di Thailand, kelibat MG HS 2022 facelift tiba di Indonesia, Malaysia tertinggal? 03

Di Thailand, MG HS facelift varian turbo dijual pada harga 939,000 baht - 1,159,000 baht (~RM 114k – RM 141k). Varian hibrid plug-in pula ditawarkan bermula harga 1,299,000 baht – 1,379,000 baht (~RM 158k – RM 168k).

Juga bacaSpyshot: MG HS kini diintip sejak tahun 2020 tapi masih tak lancar, ini kali lah?

Malaysia apa cerita dah?

Selepas debut di Thailand, kelibat MG HS 2022 facelift tiba di Indonesia, Malaysia tertinggal? 04

Dengan model facelift yang sudah mula beransur di pasaran-pasaran jiran, Malaysia sebenarnya agak ketinggalan tetapi ketibaan MG di pasaran kita buat kali kedua telahpun disahkan untuk tahun ini. Jadi, sama-samalah kita nantikan berita lanjut dari mereka.

Juga bacaMG: Kami akan tiba di Malaysia tahun ini, MG HS dan MG ZS akan dilancar pada 2022

Kredit foto: AutoFun ID

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 MG HS Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda