Hari minggu yang lalu, pasukan Xpander Rally Team (XRT) telah menang perlumbaan rali Asia Pacific Rally Championship (APRC) 2022 yang diadakan di Danau Toba. Pemandunya adalah pelumba terkenal di Indonesia iaitu Rifat Sungkar. Untuk makluman anda, beliau juga sedang menerajui perlumbaan National Rally Championship 2022.
Menariknya, inilah MPV pertama yang menang perlumbaan rali APRC. Ini adalah bukti betapa serba bolehnya Mitsubishi Xpander kerana ia bukan setakat kereta keluarga kegemaran Indonesia, malah perlumbaan lasak sebegini pun ia mampu menang.
Juga baca: Mitsubishi Xpander AP4, kereta rali MPV pertama di dunia dengan enjin Evo X!
Kalau anda nak tahu, pada peringkat awal, tidak semuanya indah. Xpander AP4 ini pernah menghadapi masalah teknikal dan dua tayarnya juga pernah meletup akibat panas dan impak dari permukaan litar juga cukup kasar.
Juga baca: Sah, Mitsubishi Xpander Motorsport rasmi di Malaysia - pengganti Evo, 'bodykit' inspirasi rali!
Menurut Rifat, beliau berbangga dengan kebolehan Xpander AP4 kerana litar Danau Toba adalah yang paling mencabar untuk kejohanan ini dan jentera itu terbukti boleh menjuarai tahap Asia Pasifik. Dalam masa yang sama, pencapaian ini adalah rekod keemasan buat Mitsubishi Motors dalam arena rali.
Juga baca: Mitsubishi Xpander Motorsport - Apabila anda seorang 'family man' tetapi berjiwa kelajuan dan stailo
Selepas ini, Xpander AP4 yang unggul ini akan bertarung di pusingan 3 dan 4 dalam kejohanan Muara Bungo Jambi Rally, iaitu pada Oktober nanti.
Juga baca: Bukan sekadar untuk 'show', saksikan Mitsubishi Xpander AP4 rali ini 'drift' dengan penuh gaya!
Sumber: AutoFun ID
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}