Segmen Low Multi Purpose Vehicle (LMPV) adalah antara kegemaran di Indonesia tetapi di Thailand juga tidak kurang hebatnya. Walaupun mereka lebih kepada segmen trak pikap, jualan MPV kompak di sana sebenarnya boleh tahan banyak.
Baru-baru ini, Autolifethailand telah merumuskan data jualan buat LMPV dan LSUV untuk 6 bulan pertama tahun 2022. Berdasarkan apa yang dapat dilihat, Mitsubishi Xpander berjaya mendominasi pasaran MPV kompak di Thailand dengan jualan sebanyak 4,574 unit.
Untuk makluman anda, angka ini belum termasuk Xpander Cross yang mana ia merekodkan jualan sebanyak 1,779 unit dan dia seorang sahaja pun dah di tangga ketiga.
Dengan jualan sebanyak 4,435 unit, Toyota Veloz pula meraih tangga kedua.
Juga baca: Bukan setakat RM 20k mahal, Toyota Veloz 2022 di Malaysia juga 30 mm lagi tinggi daripada Alza
Posisi di bawah mereka bertiga pula diikuti oleh Suzuki XL7 (1,083 unit), Toyota Sienta (391 unit), Honda BR-V (367 unit) dan Suzuki Ertiga (250 unit).
Juga baca:
Thailand melancarkan Suzuki XL7 2020, adakah kita akan dapat juga selepas ini?
Indonesia lancar LMPV hybrid pertama, Suzuki Ertiga Hybrid - laku keras dengan 70% tempahan!
Nampaknya, Xpander betul-betul menerajui pasaran Thailand, bukan setakat Indonesia sahaja. Begitu juga dengan Malaysia yang mana sambutan MPV ini cukup memberangsangkan.
Juga baca:
Mitsubishi cantas Nissan dalam Top 5 jenama kereta Malaysia - jualan Xpander dan Triton laku keras!
Jualan meningkat 66%, Mitsubishi kini selesa dalam Top 3 Jenama Kereta bukan Nasional di Malaysia!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}