window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sah, Mitsubishi Xpander Motorsport rasmi di Malaysia - pengganti Evo, 'bodykit' inspirasi rali!

Haris · Aug 22, 2022 05:00 PM

Sah, Mitsubishi Xpander Motorsport rasmi di Malaysia - pengganti Evo, 'bodykit' inspirasi rali! 01

Jika anda masih menginginkan Mitsubishi Lancer EVO, tiada model baharu yang tersedia untuk anda. Model terpakai semuanya sudah dilanyak, dihenyak, dimodifikasi dari Proton Inspira serta dijual pada harga yang tidak masuk akal. Justeru, apa kata lihat alternatif baharu dalam bentuk 2022 Mitsubishi Xpander Motorsport yang didedahkan secara rasmi ini.

Sah, Mitsubishi Xpander Motorsport rasmi di Malaysia - pengganti Evo, 'bodykit' inspirasi rali! 02

Sah, Mitsubishi Xpander Motorsport rasmi di Malaysia - pengganti Evo, 'bodykit' inspirasi rali! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dibangunkan dengan kerjasama Speedline Industries, crossover 7-penumpang ini mengambil inspirasi (bukan Inspira) langsung daripada Mitsubishi Xpander AP4 yang digunakan dalam kejohanan rali, tetapi dengan dinamik pemanduan atas jalan raya biasa.

Perincian tambahan agak panjang untuk disenaraikan namun antara yang dominan adalah seperti berikut:

  • skup bumbung karbon
  • bonet depan dengan bukaan udara
  • gril yang lebih agresif
  • spoiler belakang
  • skirting keliling

Sah, Mitsubishi Xpander Motorsport rasmi di Malaysia - pengganti Evo, 'bodykit' inspirasi rali! 01

Sah, Mitsubishi Xpander Motorsport rasmi di Malaysia - pengganti Evo, 'bodykit' inspirasi rali! 02

Bergerak spesifik ke bahagian depan, Mitsubishi Xpander mempunyai lip hadapan yang direka semula dengan salur masuk udara bawah dan diffuser, serta perumah lampu depan baharu yang lebih menyerlah dengan warna hitam. Walaupun tidak dilihat di sini, kami difahamkan bahawa terdapat bar lampu LED sebagai pilihan.

Sah, Mitsubishi Xpander Motorsport rasmi di Malaysia - pengganti Evo, 'bodykit' inspirasi rali! 03

Sah, Mitsubishi Xpander Motorsport rasmi di Malaysia - pengganti Evo, 'bodykit' inspirasi rali! 04

Sah, Mitsubishi Xpander Motorsport rasmi di Malaysia - pengganti Evo, 'bodykit' inspirasi rali! 05

Kesemua ini sesuai dengan overfender tambahan yang dipadankan dengan skirt sisi dan cermin sisi baharu. Bahagian belakang pula menampilkan perincian seperti spoiler baharu, dan diffuser belakang yang lebih agresif.

Baca: Mitsubishi Malaysia cemerlang pada 2021, Xpander kini crossover 7 penumpang No.1 di pasaran

Sah, Mitsubishi Xpander Motorsport rasmi di Malaysia - pengganti Evo, 'bodykit' inspirasi rali! 06

Anda boleh memilih sama ada rim 'Rally' 15-inci, atau seperti yang dipaparkan di sini, rim 'Motorsport' 18-inci. Spesifiknya, rim Raxer RP10Xs yang menjadi taruhan ini adalah antara komponen penting yang cukup bagus secara amnya, memandangkan penghasilannya adalah daripada jenis flow-form yang menjadikannya sangat ringan.

Berminat untuk memilikinya? Err, crossover yang kelihatan seperti kotak Marlboro ini sebenarnya adalah kereta konsep buatan tunggal, bermakna ia tidak akan dijual seperti ini oleh mana-mana pengedar Mitsubishi Motors Malaysia.

Walau bagaimanapun anda boleh menghasilkannya semula dengan membeli keseluruhan kit atau mana-mana komponen modifikasi yang anda inginkan melalui Speedline Industries.

Sebagai rujukan, Mitsubishi Xpander dijual di Malaysia pada harga RM 96,800 di mana ia ditawarkan dalam satu varian sahaja. Sejak pelancarannya, ia berjaya membawa Mitsubishi Malaysia ke 5 jenama terlaris di Malaysia, mengalahkan Nissan yang selama ini menjadi pesaing kuat.

Baca: Mitsubishi cantas Nissan dalam Top 5 jenama kereta Malaysia - jualan Xpander dan Triton laku keras!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda