window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi mahu kembangkan model mini; Xpander Mini, Pajero Mini dan Outlander Mini dalam perancangan?

Haris · May 8, 2023 03:00 PM

Mitsubishi mahu kembangkan model mini; Xpander Mini, Pajero Mini dan Outlander Mini dalam perancangan? 01

Mitsubishi baru-baru ini dilaporkan dalam perancangan untuk mengembangkan beberapa model mini bagi pasaran Jepun yang berasaskan Mitsubishi eK Xspace.

Susulan daripada kejayaan model Kei Car-nya, yang menyumbang 46% daripada jumlah jualan Mitsubishi di Jepun pada tahun 2022, syarikat ini merancang untuk melancarkan versi baru; antaranya Mitsubishi Pajero Mini dan Mitsubishi Outlander Mini. Dengan trend SUV yang semakin meningkat, minicar terbaru dari Mitsubishi ini akan mempunyai penampilan seperti SUV.

Mitsubishi mahu kembangkan model mini; Xpander Mini, Pajero Mini dan Outlander Mini dalam perancangan? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Delica Mini adalah model minicar terbaru dari Mitsubishi dan telah dijual sejak 13 Januari 2023, dengan sekitar 9,000 unit terjual sehingga April 2023. Jumlahnya kedengaran tidak signifikan kerana ia hanya mewakili tempoh jualan selama empat bulan sahaja. Mitsubishi mempunyai 550 pengedar di Jepun, yang bermaksud jika setiap pengedar dapat menjual 20 unit setiap bulan, jualan Delica Mini dapat mencapai 11,000 unit setiap bulan.

Mitsubishi mahu kembangkan model mini; Xpander Mini, Pajero Mini dan Outlander Mini dalam perancangan? 01

Mitsubishi Pajero Mini pernah ditawarkan sebelum ini serta berjaya mendapat sambutan tetapi kali terakhir ia dikeluarkan adalah pada tahun 2012. Walau bagaimanapun, terdapat petanda bahawa Mitsubishi mungkin akan menghidupkan semula Pajero Mini, yang boleh bersaing dengan Suzuki Jimny.

Baca: Jaga-jaga Suzuki Jimny, Mitsubishi sedang rancang untuk rasmi Pajero Mini baru pada 2024!

Mitsubishi mahu kembangkan model mini; Xpander Mini, Pajero Mini dan Outlander Mini dalam perancangan? 02

Cabaran bagi Pajero Mini adalah bagaimana untuk melaksanakan sistem RWD pada platform Kei Car terkini Mitsubishi, seperti eK. Selain itu, terdapat petanda bahawa Mitsubishi sedang mempersiapkan untuk melancarkan Outlander Mini, yang akan menjadi varian lima pintu, manakala Pajero Mini akan menjadi model minicar tiga pintu.

Mitsubishi mahu kembangkan model mini; Xpander Mini, Pajero Mini dan Outlander Mini dalam perancangan? 03

Secara keseluruhan, Mitsubishi bertujuan untuk terus memacu jualan dengan membangunkan pelbagai model minicar, terutamanya kerana jualan Kei Car menyumbang jumlah jualan yang signifikan di Jepun. Malah, tahun lepas Kei Car mencantas jualan kereta bersaiz biasa apabila Honda N-BOX menjadi kereta terlaris di Jepun.

Baca: Mitsubishi mahu mula pengeluaran kereta elektrik secara CKD di Indonesia, mungkin bermula dengan Minicab MiEV!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda