Sewaktu pameran Gaikindo International Motor Show (GIIAS) 2022 berlangsung pada ogos lalu, antara kenderaan yang Daihatsu pamerkan adalah Rocky e-Smart Hybrid.
Perkara ini tidak menghairankan kerana Toyota sendiri sudah mula mengorak langkah ke arah hibrid. Jadi, jenama di bawah induknya seperti Daihatsu juga dijangka mengikut jejak langkah sama.
Apapun, menurut jurujual Daihatsu di Jakarta, walaupun Daihatsu ada model Rocky Hybrid, ia mungkin takkan tiba di pasaran dalam masa terdekat. Ulas beliau, βAstra Daihatsu Motor (ADM) sebenarnya sedang giat membuat kajian tentang model iniβ.
Berdasarkan satu sumber yang dipetik dari Autofun ID, antara faktor utama yang sedang ADM tekankan adalah isu harga kerana model ini diimport dari Jepun.
Menurut jurujual itu, kalau harga Rocky Hybrid ditawarkan pada 500 juta rupiah (~RM 151.5k), siapa nak beli?
Dari segi teknikal, jentera hibrid Daihatsu ini menggunakan enjin 1.2L 3 silinder yang dipadankan dengan motor elektrik untuk menghasilkan 106 PS dan 170 Nm tork. Penggunaan petrolnya pula serendah 3.2 liter/100 km.
Jadi, itulah situasi Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid di Indonesia yang mana ia ada potensi untuk masuk pasaran seandainya harga tidak menjadi penghalang.
Di Malaysia pula, jentera Perodua Ativa Hybrid ini ditawarkan hanya sebanyak 300 unit dan ia hanya untuk langganan individu terpilih bagi menilai penggunaan mereka terhadap kereta yang lebih bertrenkuasa EV. Dalam masa yang sama, data yang terkumpul akan diguna untuk pembangunan model EV Daihatsu dan juga Perodua.
Juga baca: Semua yang anda perlu tahu tentang Perodua Ativa Hybrid 2022 - 300 unit pajakan, jimat minyak 40%
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}