Nissan e-Kicks dikuasakan oleh enjin hibrid yang menggunakan enjin petrol 3-silinder 1.2 liter sebagai penjana untuk mengecas pek bateri lithium-ion. Bateri tersebut kemudiannya akan menggerakkan motor elektrik yang memberikan Kicks e-Power 129 PS kuasa kuda dan 260 Nm tork untuk menggerakkan roda depan.
Model ini juga dilengkapi dengan fungsi One-Pedal seperti yang dilihat pada Nissan Leaf serba baru. Ini membolehkan pemandu memecut dan brek hanya menggunakan satu pedal sahaja (pedal minyak) untuk pengalaman pemanduan yang lebih santai dalam lalu lintas bandar.
Saingan langsung bagi Nissan e-Kicks ini adalah Honda HR-V. Di atas kertas, SUV ini sememangnya lebih besar berbanding Honda HR-V namun saiz bukanlah segala-gakanya. Perbandingan yang lebih jelas kedua-dua model ini adalah seperti di bawah.
Edaran Tan Chong Motors (ECTM) telah memberi tanda bahawa Nissan e-Kicks juga akan melakukan debut di Malaysia. Sekiranya benar, pelancaran tersebut berkemungkinan besar akan dilancarkan pada suku pertama sehinggalah pertengahan 2021.
Jika benar Nissan e-Kicks akan hadir ke Malaysia, bagaimanakah penerimaan pembeli terhadap model hibrid ini? Model hibrid kurang mendapat tempat dalam pasaran (ketika ini) apatah lagi dengan kehadiran Proton X50 yang juga merupakan pesaing bagi Nissan e-Kicks.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}