Anda rasa kit badan Drive68 kurang agresif dan garang? Atau anda sukakan rupa kit badan Honda Civic Type-R dan inginkan sedikit sentuhan inspirasi daripadanya?
Amotriz, sebuah syarikat pakar dalam kit badan di Thailand ada jawapannya. Mereka telah melancarkan kit badan yang diberi nama LUMGA.
Ia datang dengan reka bentuk yang sungguh agresif dengan lekukan tajam serta futuristik, ala Civic Type-R dan Nissan GT-R R35.
Kit badan ini merangkumi bampar depan, skirting sisi, bampar belakang dengan tiga paip ekzos ala Civic Type-R, spoiler belakang dengan ducktail dan akhir sekali opsyen untuk menambah bonet depan custom.
Minggu lepas Nissan Almera baru sahaja membuat kemunculannya di Malaysia bagi mengegarkan pasaran sedan segmen B. Dengan enjin 1.0 liter bercas turbo yang menghasilkan 100 PS dan 152 Nm tork, betul-betul padu Almera yang baru ini.
Adakah anda suka dengan rupa asal Almera yang baru ini, atau anda tak sabar untuk memberi sentuhan kit badan yang agresif seperti ini? Tinggal komen anda di bawah!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}