Jika minggu lepas Honda City telah menerima pelbagai liputan, nampaknya minggu ini Nissan Almera serba baharu tidak mahu ketinggalan. Edaran Tan Chong Motor telah mendedahkan spesifikasi Nissan Almera Turbo generasi baharu melalui siaran media rasmi mereka.
Sebelum ini, kami telah menjangkakan bahawa Nissan Almera generasi baharu ini akan hadir dengan enjin 1.0 liter turbo. Nampaknya, jangkaan kami tepat! Nissan Almera generasi baharu akan hadir dengan enjin 3 silinder berkuasa turbo DOHC yang digandingkan dengan transmisi X-Tronic CVT automatik dengan sistem D-Step Logic dan mod pemanduan Sport.
Enjin Turbo bersesaran kecil sememangnya lebih mesra ekonomi dan terhasil daripada peraturan pelepasan karbon yang ketat di negara jiran. Enjin tersebut mampu menjana 100 PS kuasa kuda pada 5,000 rpm dengan 152 Nm tork.
Nissan Almera generasi baharu ini mengetengahkan penjimatan minyak yang agak mengagumkan. Bacaan yang didakwa adalah 18.4 km / liter ataupun 650 km untuk satu tangki penuh (35 liter). Angka ini lebih mengagumkan berbanding Toyota Vios dan Honda City yang merupakan pesaing utama Nissan Almera. (Baca 5 kereta jimat minyak bukan Perodua di sini)
Spesifikasi lain yang didedah adalah seperti berikut:
Varian | VL | VLP | VLT | |
Harga (RM) | 8x,xxx | 8x,xxx | 9x,xxx | |
Dimensi (panjang x lebar x tinggi | 4.495 x 1,740 x 1,460 | |||
Berat (kg) | 1,090 | 1,112 | 1,114 | |
Radius pusingan (m) | 5.3 | |||
Transmisi | X-Tronic CVT dengan sistem D-Step Logic dan Sport Mode | |||
Brek hadapan | Ventilated Disc (Cakera) | |||
Brek belakang | Drum | |||
Rim | Aloi Perak | Aloi 2 tona | ||
Tayar | 195/65 R15 | 205/55 R16 | ||
Amaran Pra Pelanggaran dan Brek Kecemasan Auto | Ada | |||
Kamera Pandang Belakang dengan fungsi pintar | Tiada | Ada | ||
Amaran Titik Buta | Tiada | Ada | ||
Amaran Lintasan Belakang | Tiada | Ada | ||
Beg Udara | 2 | 6 | ||
Lampu Hadapan (Auto On/Off) | Halogen | LED | ||
Spoiler belakang | Tiada | Ada | ||
Kemasan Stereng | Urethane | Kulit | ||
Sistem Infotainment | AM/FM, USB, iPod, AUX, Bluetooth | Skrin sesentuh 8" dengan Apple CarPlay |
Nissan Almera telah dibuka tempahan untuk pandang pertama dan pandu uji sekitar Malaysia. Tempoh pandu uji dan pandang pertama tersebut adalah dari 5 hingga 27 September 2020 mengikut tempat. Setiap pusat jualan hanya mempunyai masa selama 2 hari sahaja untuk sesi tersebut oleh itu jangan lepaskan peluang berkenaan.
Nissan Almera dilihat mengambil pendekatan yang berbeza dengan 2020 Nissan Almera Turbo baharu ini. Dakwaan penjimatan minyak DAN enjin bersesaran kecil turut menggugat pasaran kereta segmen A.
Hal ini telahpun terjadi di Thailand dengan kesemua prospek pembeli lebih tertumpu ke arah sedan segmen B yang menawarkan penjimatan sedan segmen A. Adakah kita bakal melihat trend yang sama di negara kita?
Jadual pandang pertama dan pandu uji Nissan Almera:
Zon Tengah
ETCM Glenmarie (5 - 6 Sept)
ETCM Kepong (5 - 6 Sept)
ETCM Jalan Raja Laut (5 - 6 Sept)
ETCM Petaling Jaya (12 - 13 Sept)
ETCM Melati Utama (12 - 13 Sept)
ETCM Shah Alam (12 - 13 Sept)
ETCM Serdang (12 - 13 Sept)
ETCM Klang (19 - 20 Sept)
ETCM Puchong (19 - 20 Sept)
ETCM Cheras (19 - 20 Sept)
Nikaijaya PJ (26 - 27 Sept)
Zon Utara
ETCM Butterworth (5 - 6 Sept)
ETCM Ipoh (5 - 6 Sept)
ETCM Alor Setar (11 - 12 Sept)
ETCM Bayan Lepas (12 - 13 Sept)
ETCM Sungai Petani (12 - 13 Sept)
ETCM Taiping (19 - 20 Sept)
ETCM Sitiawan (19 - 20 Sept)
ETCM Penang (19 - 20 Sept)
Zon Selatan
ETCM Batu Pahat (5 - 6 Sept)
ETCM Melaka (5 - 6 Sept)
ETCM Johor Jaya (12 - 13 Sept)
ETCM Seremban (12 - 13 Sept)
ETCM Muar (19 - 20 Sept)
ETCM Semabok (19 - 20 Sept)
Sincere Scope (26 - 27 Sept)
Zon Pantai Timur
ETCM Kuantan (5 - 6 Sept)
ETCM Kota Bharu (12 - 13 Sept)
ETCM Kuala Terengganu (19 - 20 Sept)
Edaran Nuri, Kota Bharu (26 - 27 Sept)
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2020 Nissan Almera 1.0L VL
Upgrade
Add your car
2021 Nissan Almera VL 1.0
Komen