window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Almera 2020 serba baru akan diberi enjin turbo di Malaysia!

Mersita · Aug 4, 2020 06:00 PM

Nissan Almera 2020 serba baru akan diberi enjin turbo di Malaysia! 01

Apabila Honda Malaysia sedang sibuk mengacah City serba baharunya di Facebook, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) pula senyap-senyap menyediakan Nissan Almera 2020 serba baharu dengan beberapa kejutan istimewa.

Nissan Almera 2020 serba baru akan diberi enjin turbo di Malaysia! 02

Kereta spesifikasi Thai diberi roda 15 inci sebagai standard

Menurut sumber yang arif tentang perkara ini, Nissan Almera 2020 serba baharu spesifikasi Malaysia akan dipadatkan dengan enjin yang sama dengan di Thailand – enjin turbo 1.0 liter dengan 3 silinder yang menjana 100 PS dan 152 Nm. Enjin ini dipadankan secara eksklusif dengan transmisi automatik jenis CVT.

Nissan Almera 2020 serba baru akan diberi enjin turbo di Malaysia! 03

Dengan enjin turbonya, Nissan Almera serba baharu ini besar kemungkinan akan menjadi satu-satu sedan segmen B Jepun yang menawarkan enjin ‘forced induction’. Satu-satunya model segmen B lain dengan enjin turbo adalah Volkswagen Vento Highline, yang dipadatkan dengan enjin petrol turbo 1.2 liter.

Nissan Almera 2020 serba baru akan diberi enjin turbo di Malaysia! 04

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Memandangkan enjin turbo ini telah disahkan, sekarang kami tertanya-tanya bagaimana perincian lain pada Nissan Almera serba baharu ini akan bersaing dengan model-model lain. Kalau ada perubahan lain sekalipun, kami rasa ia akan kena pada tempatnya, kerana ETCM sudah melakar kejayaan dengan C27 Nissan Serena dan facelift Nissan X-Trail.

Nissan Almera 2020 serba baru akan diberi enjin turbo di Malaysia! 01

Bagi Honda City serba baharu pula, model baru ini mungkin tidak akan dipadatkan dengan enjin turbo yang boleh didapati pada spesifikasi Thailand. Sebaliknya, ia boleh jadi didatangkan dengan enjin petrol 1.5 liter ‘naturally aspirated’ yang lebih baru yang boleh didapati pada kereta spesifikasi India dan Singapura.

Nissan Almera 2020 serba baru akan diberi enjin turbo di Malaysia! 02

Memandangkan yang Nissan Almera serba baharu ini akan didatangkan dengan enjin turbo, adakah ini akan membuatkan anda jadi ‘lalang’, berpaling arah dari Toyota Vios dan Honda City?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Nissan Almera 1.0L VL

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda