window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Grill baru - Nissan Almera facelift 2023 dilancarkan di Filipina, harga bersamaan RM 71k

Mersita Β· Jul 12, 2023 07:00 PM

Grill baru - Nissan Almera facelift 2023 dilancarkan di Filipina, harga bersamaan RM 71k 01

Almera spesifikasi Thai

Susulan debut serantau Nissan Almera 2023 yang dikemaskini di Thailand beberapa bulan lalu, sedan segmen B tersebut kini dilancarkan di Filipina pula baru-baru ini – beberapa hari selepas pasaran negara itu melancarkan Honda City facelift.

Grill baru - Nissan Almera facelift 2023 dilancarkan di Filipina, harga bersamaan RM 71k 02

Almera spesifikasi Thai ditunjukkan

Nissan Phillipines Inc. (NPI) menawarkan 3 varian bagi Almera facelift di Filipina, iaitu:

  • EL M/T – PHP 839,000 (~RM 71k)
  • VE CVT – PHP 1,059,000 (~RM 89k)
  • VL CVT dengan NissanConnect Services – PHP 1,149,000 (~RM 97k)

Grill baru - Nissan Almera facelift 2023 dilancarkan di Filipina, harga bersamaan RM 71k 03

Almera spesifikasi Thai ditunjukkan

Muka hadapan yang dahulunya tampak elegan kini sudah berubah, digantikan dengan jejaring V-Motion yang lebih lebar dan ranggi – serupa Nissan Versa dari Amerika Utara – dan melarat sehingga ke bahagian bawah bampar serta mengikut garisan reka bentuk tajam pada lampu hadapannya.

Juga baca: Nissan Versa 2023, kembar Nissan Almera di Malaysia, mendapat rupa depan baru! Cantik ke tidak?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Grill baru - Nissan Almera facelift 2023 dilancarkan di Filipina, harga bersamaan RM 71k 01

Perbezaan pada model facelift ini hanya terlihat di bahagian hadapan memandangkan rekaan luaran yang selebihnya kekal sama dengan Almera N18 sebelum facelift. Warna dwi-rona baharu, Moon Pearl Gray dengan warna bumbung Hitam, diperkenalkan pada Almera spesifikasi Filipina – hanya untuk varian tertinggi, VL.

Juga baca: Nissan Almera facelift 2023 dilancarkan di Thailand - rekaan hadapan baharu, ADAS dipertingkat!

Grill baru - Nissan Almera facelift 2023 dilancarkan di Filipina, harga bersamaan RM 71k 02

Pembeli yang mahukan model alternatif kepada Toyota Vios dan Honda City ini juga akan diberi ruang kabin yang lebih ranggi. Perincian berwaran biru pada trim kabinnya, eksklusif hanya untuk varian VL, turut didatangkan dengan kemasan kulit. Varian lebih rendah pula didatangkan dengan kerusi fabrik.

Juga baca: Filipina akan lancar Honda City 2023 facelift pada 13 Julai, harga naik 5% tapi Sensing standard!

Grill baru - Nissan Almera facelift 2023 dilancarkan di Filipina, harga bersamaan RM 71k 03

Almera spesifikasi Malaysia ditunjukkan

Dari segi trenkuasa, semua aspek daripada Almera pra-facelift kekal sama dalam kemaskini kali ini – pasaran Filipina dengan enjin petrol 1.0 liter berpengecas turbo 3 silinder yang menjana 100 PS/152 Nm. Di negara itu, Almera baharu ditawarkan dengan kotak gear manual 5 kelajuan bagi varian asas EL, manakala kotak gear automatik CVT pula ditawarkan bagi varian VE dan VL.

Grill baru - Nissan Almera facelift 2023 dilancarkan di Filipina, harga bersamaan RM 71k 04

NissanConnect Services ditawarkan pada varian tertinggi iaitu VL yang membolehkan pemandu mengakses fungsi kenderaan dan bantuan kecemasan menerusi peranti pintar mereka, termasuklah laporan kesihatan kenderaan, amaran kelajuan, dan notifikasi pelanggaran automatik.

Grill baru - Nissan Almera facelift 2023 dilancarkan di Filipina, harga bersamaan RM 71k 05

Almera spesifikasi Thai ditunjukkan

Fungsi Apple CarPlay dan Android Auto ditawarkan pada varian VE dan VL yang disambungkan kepada skrin sentuh infohibur 8 inci pada Almera Filipina. Varian asas pula hanya diberikan β€˜head unit’ audio dengan sambungan Bluetooth.

Grill baru - Nissan Almera facelift 2023 dilancarkan di Filipina, harga bersamaan RM 71k 06

Dari segi kelengkapan keselamatan pula, Almera dinaiktaraf ini didatangkan dengan AEB dan kamera 360 darjah sebagai standard bagi dua varian tertinggi. Bagaimanapun, blind-spot warning (BSW), lane departure warning (LDW), automatic high beam (AHB), dan rear cross-traffic alert (RCTA) hanya boleh didapati di dalam varian tertinggi iaitu VL. Semua varian dilengkapi 6 beg udara.

Grill baru - Nissan Almera facelift 2023 dilancarkan di Filipina, harga bersamaan RM 71k 07

Anda lebih sukakan rupa bentuk Almera lama?

Memandangkan Almera telah dinaiktaraf di dua negara jiran kita, mungkin model dengan rupa baharu ini bakal mendarat di Malaysia kelak. Harga bagi Almera dipasang tempatan (CKD) di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Almera 1.0 Turbo VL – RM 83,888
  • Almera 1.0 Turbo VLP – RM 89,888
  • Almera 1.0 Turbo VLT – RM 95,888

Juga baca: Rebiu: Nissan Almera masih menyengat pada 2023, walau harga serupa Toyota Vios serba baru?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Nissan Almera 1.0L VL

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda