window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

6 stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling ditutup bermula 2 April 2023, laluan bas percuma diperkenal

Mersita · Mar 31, 2023 07:00 AM

6 stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling ditutup bermula 2 April 2023, laluan bas percuma diperkenal 01

Enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling antara Stesen Bandaraya dan Sentul Timur akan diberhentikan operasinya bermula 2 April 2023 atas faktor keselamatan.

Stesen yang terlibat ialah Stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur. Menurut kenyataan Rapid Rail pada Khamis, operasi perkhidmatan LRT di stesen-stesen ini terpaksa digantung kerana ia tidak dapat lagi memenuhi kriteria pengoperasian yang telah ditetapkan dan terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan atas faktor keselamatan.

6 stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling ditutup bermula 2 April 2023, laluan bas percuma diperkenal 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Ianya adalah susulan daripada kejadian kerosakan struktur dan landasan berhampiran Stesen LRT Bandaraya yang telah menyebabkan tren tidak dapat kembali ke Depoh LRT di Ampang untuk menjalani kerja-kerja penyelenggaraan semenjak 27 Januari 2023,” tulis kenyataan itu.

Anggota operasi rel, Polis Bantuan dan Troopers akan ditempatkan di stesen-stesen terlibat bagi membantu dan mengawal pergerakan penumpang.

Bermula Ahad nanti, perkhidmatan bas LRT 9 (LRT Hang Tuah – LRT Bandaraya) dan bas LRT 10 (LRT Masjid Jamek – LRT Bandaraya) akan ditamatkan.

Juga baca: Konkrit retak akibat projek pembinaan, LRT Ampang/Sri Petaling mungkin dibuka 7 bulan lagi

6 stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling ditutup bermula 2 April 2023, laluan bas percuma diperkenal 01

Susulan itu, perkhidmatan Bas Ekspres percuma LRT 13 dan LRT 14 bermula Ahad ini sebagai tambahan kepada perkhidmatan Bas LRT 11 sedia ada akan disediakan bagi memudahkan penumpang yang terjejas dengan penutupan ini.

Perkhidmatan bas LRT 11, 13 dan 14 ini akan beroperasi dengan jumlah bas sebanyak 40 unit dan kekerapan antara 10-15 minit pada waktu puncak bergantung kepada keadaan trafik semasa.

Laluan khas untuk bas telah disediakan bagi semua perkhidmatan bas percuma ini dan laluan bas akan dijaga oleh pihak berkuasa bagi memastikan tiada penyalahgunaan oleh kenderaan lain.

6 stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling ditutup bermula 2 April 2023, laluan bas percuma diperkenal 02

“Penumpang – penumpang juga disarankan menggunakan laluan rel alternatif di mana penumpang yang ingin menuju ke Hang Tuah, boleh menaiki Laluan Monorel melalui Stesen Titiwangsa. Manakala penumpang yang ingin menuju ke Chan Sow Lin, boleh menaiki Laluan MRT Putrajaya melalui Stesen Titiwangsa.

"Rapid Rail memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi oleh penumpang-penumpang," kata syarikat pengendali rel itu lagi.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda