window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Daihatsu Ayla baharu 2023 dilancarkan - 2 pilihan enjin, penampilan lebih dekat dengan Axia!

Haris · Feb 15, 2023 03:00 PM

Daihatsu Ayla baharu 2023 dilancarkan - 2 pilihan enjin, penampilan lebih dekat dengan Axia! 01

PT Astra Daihatsu Motor (ADM) dengan bangganya telah merasmikan Daihatsu Ayla 2023, hatchback kompak terbaharu dalam barisan produknya. Pelancaran model ini melengkapi trio hatchback segmen-A yang dikongsi 3 jenama iaitu Daihatsu Ayla, Toyota Agya/Toyota Wigo serta Perodua Axia untuk pasaran Malaysia.

Daihatsu Ayla baharu 2023 dilancarkan - 2 pilihan enjin, penampilan lebih dekat dengan Axia! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jika Toyota Agya hadir dalam varian standard dan GR-S, Daihatsu Ayla pula hadir dengan 2 pilihan enjin - menjadi titik keseinambungan di antara Toyota Agya yang disasarkan sebagai model prestasi dengan Perodua Axia yang menjadi model paling berbaloi dibeli.

Baca: 2023 Toyota Agya baharu dilancarkan - enjin 1.2L, varian GR-S dah macam "Baby GR Yaris"!

Daihatsu Ayla baharu 2023 dilancarkan - 2 pilihan enjin, penampilan lebih dekat dengan Axia! 01

Enjin 3-silinder 1.2 liter aspirasi semula WA-VE (88 PS / 112 Nm) beserta dengan enjin 3-silinder 1.0 liter aspirasi semula 1KR-VE (68 PS 91 Nm) kedua-duanya ditawarkan untuk Daihatsu Ayla. Transmisi D-CVT menjadi titik persamaan trenkuasa antara kedua-dua enjin tersebut.

Walaupun hanya mengumumkan transmisi automatik, pilihan transmisi manual 5-kelajuan masih belum dimuktamadkan.

Daihatsu Ayla baharu 2023 dilancarkan - 2 pilihan enjin, penampilan lebih dekat dengan Axia! 02

Daihatsu Ayla menandakan satu era di mana ia memberi keseimbangan terhadap prestasi dan nilai wang. Segmen A kini didominasi oleh hatchback justeru Daihatsu Ayla mahu memenuhi sebanyak mungkin kehendak pengguna serantau.

Baca: Perodua Axia D74A 2023 dilancarkan di Malaysia - Harga dari RM 38.6k, 1.0L, D-CVT, 6 beg udara

Daihatsu Ayla baharu 2023 dilancarkan - 2 pilihan enjin, penampilan lebih dekat dengan Axia! 03

Pada bahagian hadapan, Daihatsu Ayla generasi baharu rata-ratanya menggunakan komponen bumper hadapan yang hampir sama dengan Perodua Axia. Perbezaan ketara ialah kehadiran satu gril hadapan menyeluruh berbanding Perodua Axia yang mengenakan 2 gril bertingkat.

Daihatsu Ayla baharu 2023 dilancarkan - 2 pilihan enjin, penampilan lebih dekat dengan Axia! 04

Bagi bahagian belakang, Daihatsu Ayla cuba menjadi lebih unik daripada Axia dengan beberapa reflektor merah dipadankan dengan lampu belakang pada bahagian but untuk menjadikan lampu ekor kelihatan lebih panjang.

Daihatsu Ayla baharu 2023 dilancarkan - 2 pilihan enjin, penampilan lebih dekat dengan Axia! 05

Bergerak ke bahagian dalam pula, kelengkapan untuk spesifikasi varian atas Daihatsu Ayla mendapat sistem infohibur skrin sentuh, kawalan penghawa dingin digital, tanpa kawalan audio pada stereng. Daihatsu Ayla juga dilihat tidak menawarkan kluster meter digital dan hanya mengenakan kluster meter analog.

Daihatsu Ayla baharu 2023 dilancarkan - 2 pilihan enjin, penampilan lebih dekat dengan Axia! 06

Walaupun dari segi keselamatan, Ayla nampaknya asas dengan hanya ciri keselamatan pasif yang disebut semasa pelancarannya. Ini termasuk beg udara dua depan, bantuan mula bukit, dan kawalan kestabilan kenderaan.

Pengumuman harga masih belum dikeluarkan ketika artikel ini ditulis namun tanpa ciri keselamatan aktif, harganya berkemungkinan meningkat sedikit sahaja daripada model sebelum. Kali terakhir Daihatsu Ayla generasi lama varian automatik dijual daripada Rp 156 juta (RM 44.9k) sehinggalah  Rp 164 juta (RM 46,546).

Baca: Spekulasi: Perodua Axia D74A baharu akan dijual sehingga 2029 sahaja - kurang 3 tahun berbanding sebelum ini!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda