Seperti yang anda tahu, Singapura sahaja di rantau kita yang lancar Honda Jazz generasi keempat. Yang lain semua pakat tukar kepada Honda City Hatchback. Baru-baru ini pula, model facelift sudah beransur di Singapura.
Juga baca: Tak minat City Hatchback? Pilih sahaja Honda Jazz 'recond' ini, harga RM 127k sahaja!
Didatangkan sebagai import (CBU) dari Jepun, Jazz facelift di Singapura ditawarkan dengan varian dan harga seperti di bawah:
Kalau anda nak tahu, Honda Jazz facelift mula dijual di Jepun pada September tahun lepas.
Secara amnya, pembeli di sana tidak berapa gemar dengan gril sebelum ini kerana nampak terlalu unik. Disebabkan itulah model facelift ini amat diperlukan.
Menariknya, model facelift di Singapura turut memperkenalkan varian Crosstar iaitu ala crossover.
Dari segi teknikal, semua varian Jazz facelift di Singapura menggunakan enjin 1.5L hibrid i-MMD sama yang ada pada City RS kita. Enjinnya sendiri menghasilkan 106 PS/127 Nm dan digandingkan dengan motor elektrik 90 kW yang mana gabungan kedua-dua sumber menghembus sehingga 253 Nm tork.
Juga baca: Anda ingin membeli Honda City Hatchback RS 2023? Kami jawab segala persoalan anda disini!
Antara ciri standard yang ada pada Jazz facelift termasuklah lampu LED, infotainment 9 inci dengan sokongan Apple CarPlay/Android Auto nirwayar serta ADAS Honda Sensing yang merangkumi ciri:
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}