Kereta elektrik (EV) Nissan Leaf facelift 2023 dilancar di Malaysia - RM 7k lagi murah daripada dulu

  • Diimport dari Jepun (CBU), harga RM 168,888
  • Ada pelan langganan
  • Dapat keahlian JomCharge ‘Complimentary’ (1 tahun)

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Nissan Leaf facelift 2023 ke pasaran kita. Sama seperti sebelum ini, ia diimport (CBU) dari Jepun dan ditawarkan pada harga RM 168,888. Sebagai perbandingan, model pra-facelift berharga RM 175,800.

Apa yang baru pada Nissan Leaf kali ini adalah gril depan berwarna hitam yang turut ada logo baru Nissan. Lampu depannya pula diperbaharui dengan sentuhan warna gelap.

Selain itu, bampar depannya direka semula dan beralih ke bahagian belakang, terdapat spoiler baru yang lebih aerodinamik. Satu lagi pembaharuan adalah diffuser belakangnya tidak lagi ada sentuhan warna biru. Melengkapi pembaharuan eksterior pada Nissan Leaf 2023 adalah roda 17 inci yang lebih unik.

Secara amnya, bumbung Nissan Leaf kali ini hadir dengan sentuhan warna Super Black dan terdapat 7 pilihan warna badan yang terdiri daripada Stealth Grey, Opera Mauve, Akatsuki Sunrise Copper, Burgundy, Vivid Blue, Pure White Pearl dan Midnight Black.

Pembaharuan pada bahagian dalam pula didominasi oleh infotainment 8 inci baru yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto. Pembeli kali ini pula boleh memilih tema kabin berwarna Graphite Black atau Stone Grey.

Satu ciri baru yang ada pada Nissan Leaf facelift 2023 adalah Intelligent Rear View Mirror. Kiranya, cermin pandang belakangnya menggunakan teknologi kamera.

Dari segi trenkuasa, Nissan Leaf facelift 2023 kekal dengan motor elektrik depan yang berkuasa 150 PS dan 320 Nm tork. Ia disokong oleh bateri 40 kWj. Jarak pandu dalam kitaran NEDC pula boleh pergi sejauh 311 km.

Untuk mengecas, pengecasan AC 6.6 kW kini menggunakan penyambung Type 2 (Type 1 untuk sebelum ini), manakala pengecasan pantas DC masih dengan teknologi CHAdeMO, iaitu pada kapasiti 50 kW.

Berkenaan aspek bantuan keselamatan ADAS pula, Nissan Leaf facelift 2023 diperbaharui dengan ciri Lane Departure Warning, Lane Intervention dan High Beam Assist.

Ciri seperti Intelligent Forward Emergency Braking (AEB), Intelligent Around View Monitor (kamera 360-darjah) dengan Intelligent Moving Object Detection kekal ada seperti sebelum ini.

Menariknya, Nissan Leaf kali ini hadir dengan pelan langganan. Bayaran pendahuluan tidak diperlukan langsung dan pemilik hanya perlu membuat bayaran bulanan sebanyak RM 1,800 untuk kontrak selama 3 tahun (tertakluk pada terma dan syarat).

Selepas tamat tempoh berkenaan, pemilik boleh memulangkan semula Nissan Leaf itu dan pilih sama ada hendak akhirkan pelan tersebut atau pilih model lain.

Apapun, mereka yang membeli Nissan Leaf 2023 akan menerima keahlian JomCharge ‘complimentary’ selama 12 bulan (bernilai RM 600) untuk menggunakan fasiliti mengecas awam mereka (pengecas AC Type 2 107 unit dan pengecas pantas DC CHAdeMO 30 unit dengan 600 kredit di seluruh negara) beserta pakej tinted Ice Cool Tinting ‘complimentary’ bernilai RM 2,200.

Untuk pelanggan yang memilih pelan langganan, terdapat 50% diskaun untuk tinted tersebut dan subsidi RM 300 untuk keahlian JomCharge.

Istimewa untuk pemilik Nissan Leaf 2023, dalam 3 tahun pertama, ETCM menawarkan mereka untuk guna beberapa model Nissan lain (X-Trail, Serena dan Navara) buat 23 hari setiap tahun (tertakluk pada terma dan syarat).

Secara amnya, Nissan Leaf 2023 datang dengan waranti 3 tahun / 100,000 km dan jaminan 8 tahun / 160,000 km untuk bateri ion-litium, yang mana sampai dulu.

Juga bacaRebiu: Nissan Leaf generasi kedua – kereta elektrik paling sempurna untuk jinak dengan EV

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Nissan Leaf

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. “The collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Nissan Leaf
Cek Lebih