Rebiu: Apa pendapat media Thailand tentang Honda WR-V yang bakal ke Malaysia - boleh lawan Ativa?

Lain ceritanya di Thailand, kerana tanda harga THB 799,000-THB 869,000 (~RM 104k - RM 114k) adalah THB 200,000 lebih mahal daripada City Sedan dan City Hatchback yang setara.

Baca juga: Thailand lancar Honda WR-V generasi 2023 - mahal dari City Hatchback, ciri Sensing standard pada semua varian!

Malah harganya lebih dekat dengan beberapa MPV mini 7 tempat duduk di sana; sebahagiannya disebabkan oleh status CBU SUV ini, membuatnya tidak layak untuk mendapat insentif Eco Car.

Kebaikan: Suspensi yang baik, enjin yang hebat

Pasukan Thailand mendapati talaan suspensi WR-V agak serba boleh, sesuai diri di dalam bandar mahupun lebuh raya.

'Lembut' adalah perkataan pilihan oleh rakan sekerja Autofun kami, Pisan, membayangkan bahawa SUV kecil ini lebih kepada santai dan bukannya untuk mengambil selekoh dengan bersemangat, termasuklah varian RS yang sporty.

Baca juga: Honda Malaysia bakal lancar 4 model 2023 baru; WR-V, CR-V, Accord & City facelift - pegangan pasaran akan naik ke 12.3%

Penggunaan tayar jenis eco Bridgestone Turanza T005 membuktikan ini. Namun, rakan sekerja kami mengatakan bahawa ia 'sedikit bising' di permukaan jalan tertentu.

Walaupun begitu, masih terdapat faedah ketara kepada WR-V, terutamanya stereng yang tajam dan mudah serta jejari pusingan yang banyak (5.3 meter) memudahkan pusingan U dan pertukaran lorong.

Kombinasi enjin 1.5 liter 4-silinder aspirasi natural (121 PS/142 Nm) dengan kombo CVT ini sama seperti BR-V generasi semasa di Malaysia, namun ia jauh daripada sebuah trenkuasa yang  tidak relevan.

Secara keseluruhan, respon enjin amat baik tetapi kesan ‘rubberband’ CVT boleh dirasakan ketika memecut.

Dalam kes ini, gunakan sahaja paddle shifters untuk meletakkannya di gear (maya) yang betul. Bagaimanapun, mereka juga berpendapat bahawa kereta itu cukup selesa ketika dipandu santai pada kelajuan 100-120 km/j.

Penggunaan bahan api sangat baik. Honda mendakwa 6 liter/100 km, tetapi Autofun mencapai kira-kira 5.2- hingga 5.8 liter/100 km walaupun kereta itu dipandu dengan kelajuan yang agak tinggi.

Baca juga: Mengapa pesaing Ativa, Honda WR-V guna enjin 1.5L NA dan bukan turbo? Ini jawapannya

Suite Honda Sensing ADAS hadir dan betul dalam WR-V, kali ini muncul dalam kedua-dua varian SUV. Ini adalah ciri-ciri yang digabungkan bersama:

  • Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS)
  • Sistem Bantuan Pengekalan Lorong (LKAS)
  • Sistem Bantuan Pelepasan Lorong (RDM)
  • Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC)
  • Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan (LCDN)
  • Bantuan Suluhan Tinggi Automatik (AHB)

Baca juga: Honda Sensing kini cecah penggunaan 86 peratus global, semua model Honda dengan ADAS menjelang 2030!

Keburukan: Tidak mempunyai beberapa ciri asas

Walaupun WR-V mempunyai senarai spesifikasi yang agak menyeluruh, terdapat beberapa ciri asas yang tiada, membingungkan rakan sekerja kami di Autofun. Antaranya ialah tiada pelarasan stereng teleskopik, tali pinggang keledar yang tidak boleh dipendekkan atau dipanjangkan, dan penumpang belakang tidak mempunyai pemegang cawan – walaupun ada tempat letak tangan di tengah. Hmm...

Baca juga: Sekarang tahun 2023 - Pelarasan stereng teleskopik sepatutnya standard pada semua kereta baharu!

Tiada corong penghawa dingin belakang juga, tetapi itu boleh berubah di Malaysia

Bahagian belakang juga tidak mendapat port USB, hanya ada port pengecasan 12V sahaja. Ia juga menggunakan kamera Honda Lanewatch, bukannya monitor titik buta (BSM).

Selain itu, reka bentuk tempat duduk depan juga agak pelik kerana menolak terlalu ke belakang, menyebabkan pemanduan jarak jauh tidak selesa.

Isu ini juga terjadi dengan model yang lagi mahal seperti Honda Civic RS e:HEV 2023.

Kesimpulan: Tunggu dia mai dulu…

Walaupun Autofun menyukai Honda WR-V, namun tanda harganya menjadi satu persoalan.

Anda boleh kata bahawa suite Sensing ADAS yang penuh tanpa kompromi dalam pakej saiz dan harga ini menyerlah dan akan menarik mereka yang menyukai kereta mereka yang lengkap dari segi teknologi.

Tetapi di sisi lain, akan ada sekumpulan pembeli lain yang akan terhuyung-huyung dengan tanda harga WR-V dan meluncur ke arah BR-V. Ini kerana harganya lebih murah pada THB 915,000 (~RM 114k) – semata-mata kerana ia lebih besar.

Sekurang-kurangnya itulah pendapat di Thailand. Di Malaysia, ceritanya akan ditulis sedikit berbeza; BR-V generasi seterusnya tidak akan sampai ke sini. Kalau nak fight dengan Perodua Ativa, memang WR-V tiada peluang oleh kerana faktor harga yang khusus untuk kereta buatan tempatan.

Itu meninggalkan segmen di mana Toyota Vios AC100 serba baharu duduk sekarang. Hmm, nak pilih Toyota sedan atau Honda SUV? Jom tunggu S3...

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys d...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Honda WR-V

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. “The collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Honda WR-V
Cek Lebih